Luar Negara

Askar upahan Syiah selongkar makam Umar Abdul Aziz

MAKAM Khalifah Ummayah kelapan, Umar Abdul Aziz serta isterinya yang terletak di Barat Laut Idlib menjadi sasaran tentera upahan Iran di Syria.

Dari perspeksif catatan RAZALI AWANG dari Media Syria Care,  perbuatan tidak bertamadun itu kemudian dirakam dan dikongsi di media sosial.

Mereka bukan setakat merosakkan bangunan malah lebih dari itu. Tentera Syiah turut menggali dan mengusik makam baginda Ummayah yang terletak di Deir al Sharqi, Maarat al Nu’man, kawasan yang berjaya dikuasai tentera regim Bashar al Assad dari tangan kumpulan anti kerajaan pada Februari lalu.

Menurut portal middleeastmonitor.com, visual perbuatan itu tular sejak 27 Mei lalu.

Sebahagian sarjana Islam menyifatkan Khalifah Umar Abdul Aziz sebagai Khulafa’ al-Rasyidin yang kelima kerana akhlak yang mulia dan sistem pemerintahan yang adil.

Perbuatan mereka yang tidak sealiran menjadi kebiasaan bagi tentera regim Bashar al Assad dan sekutunya.

Februari lepas selepas beberapa kawasan di selatan Idlib berjaya dikuasai mereka bertindak menyelongkar kubur pemimpin dan askar kumpulan penentang yang bermazhab Sunnah.

Sifat itu dikatakan diwarisi daripada datuk baginda daripada nasab sebelah bondanya, iaitu Saidina Umar al Khattab, sahabat Rasulullah S.A.W yang dibenci dan dicela pengikut Syiah. Foto/klip: SANA/Twitter. – SM

(Visited 751 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button