Rencah Hidup

Berang dikejutkan dari tidur: Bapa goncang bayi berusia lima minggu hingga lumpuh

VICTORIA – Mental atau psiko? Itulah persoalan yang timbul apabila seorang ayah tergamak menggoncang bayinya sendiri yang baharu berusia lima minggu gara-gara dia dikejutkan dari tidur.

Ekoran goncangan itu, bayi yang menjadi mangsa sikap berang ayahnya sendiri dilaporkan tidak sedar diri dan mengalami kerosakan neuro yang boleh menyebabkan lumpuh.

Inilah penyakit mental yang melanda rakyat luar negara kerana kejadian tersebut berlaku di Victoria.

Lelaki durjana itu merengkok dalam penjara enam tahun setelah mahkamah mendapati tertuduh, James Tippne yang berusia 33 tahun dari New Zealand, didapati bersalah melakukan perbuatan tersebut.

James mengaku menggoncang anaknya yang berusia lima minggu sehingga menyebabkan bayi itu mengalami kecederaan teruk pada otak dalam kejadian pada 26 Jun tahun lepas.

Bebalnya James ketika dibicarakan memberi alasan dia bertindak menggoncang bayinya itu kerana mahu anaknya ‘lebih jantan’ dan berhenti menangis, lapor portal Daily Mail.

Hakim ketika menjatuhkan hukuman berkata, bayi itu bernasib baik kerana masih bernyawa akibat perbuatan ayahnya.

Bayi lelaki yang menjadi mangsa psiko ayahnya, dilahirkan pada Mei tahun lepas, mengalami pendarahan pada otak, sawan, kekurangan oksigen, kecederaan tulang belakang dan mata.

Ibu bayi menemui mangsa dalam keadaan sejuk, mata terbeliak dan tidak sedarkan diri.

Bapa durjana itu pula sanggup berbohong mengenai punca kecederaan yang dialami bayinya apabila ditanya oleh pasukan paramedik dan doktor.

Namun akhirnya dia mengaku akan perbuatannya dan perbualannya dengan ibu mangsa dirakam polis.

Apapun alasan yang diberikan oleh James, dia membesar dengan diajar ‘lelaki tidak boleh menangis’ dan ‘bayi yang menangis tidak cukup jantan’ tidak boleh diterima, apatah lagi bayi yang menjadi mangsa baharu berusia lima minggu.

Apa yang boleh diajar pada bayi berusia lima minggu? Melainkan menangis jika lapar atau pampersnya basah. Yang harus diajar ialah bapa bayi yang malang ini kerana perbuatannya itu tidak boleh diterima oleh mana-mana masyarakat di dunia!

  1. Bayi lelaki itu terpaksa menjalani pembedahan pada otak, dilaporkan tidak akan dapat merangkak dan kemungkinan, berhadapan dengan kerosakan neuron seumur hidup. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More
Back to top button