Alam SekitarRencah Hidup

Kehidupan lebih lestari dengan penggunaan tenaga solar di rumah

KEHIDUPAN lestari yang mementingkan kesejahteraan dan pemuliharaan alam sekitar menjadi sebahagian falsafah hidupnya.

Minatnya itu kemudian dijadikan sebagai satu bentuk kerjaya dengan menubuhkan Seeds Malaysia yang menjadi tempat pengajaran kepada mereka yang mahu menjalani kehidupan secara lestari.

Justeru jangan hairan jika rumah Abdul Razak Abdul Aziz, 60, tidak langsung menggunakan alat pendingin hawa bagi menyejukkan ruang rumah dua tingkat yang dimilikinya di Subang Jaya, Selangor.

Sebaliknya dia menanam pokok serta membuat kolam air yang boleh membantu menurunkan suhu di dalam rumah.


Selain itu dia turut mereka bentuk rumahnya menggunakan konsep pengudaraan bersilang dengan memasang tingkap pada sudut yang betul.

Cross wind ventalation. Maksudnya kita benarkan angin masuk melalui tingkap sebab itu tingkap semua tinggi-tinggi slim supaya angin sejuk boleh masuk cepat. Dan angin itu disejukkan oleh kolam ini. Penyejukan udara. Rumah saya empat darjah lebih sejuk daripada suhu sebenar.

“Kalau tidak ada elektrik jiran keluar rumah tetapi kami duduk sahaja dalam rumah. Ada yang tanya macam mana awak boleh tahan dalam rumah. Sebenarnya rumah ini sejuk.  Lebih kurang 20 ciri kita buat tapi apa yang saya ingat ialah tenaga alternatif guna solar,” katanya.

Untuk kehidupan yang lebih lestari, cahaya matahari dijadikan sumber tenaga untuk menjana elektrik di rumahnya.

Abdul Razak memasang tiga jenis panel solar. Satu digunakan bagi memanaskan air untuk kegunaan mandian, yang kedua panel solar untuk menjana elektrik bagi menghidupkan lampu.

Sementara yang ketiga, 15 keping panel solar yang dibeli daripada syarikat Gading Kencana Sdn. Bhd. Panel solar tersebut menghasilkan 4.5 kilowatt tenaga elektirk yang dipasangnya sejak lapan tahun lalu ketika melakukan pengubahsuaian rumah tersebut.

Semua ciri-ciri mesra alam yang diterapkan memberi manfaat terdapan kehidupan beliau sekeluarga termasuk penjimatan dalam pembayaran bil elektrik.

“Bil antara RM180 hingga RM240 sebulan. Dengan enam orang anak, kami berdua, dengan ikan kelah ini yang begitu banyak. Pump air ada dua, fridge besar ada satu. Mesin basuh baju dan sebagainya tapi tiada alat pendingin hawa,” kata Abdul Razak bangga.

Abdul Razak (kiri) bersama Pengarah Urusan Kumpulan Gading Kencana Datuk Ir. Dr. Guntor Tobeng.

Katanya, panel solar yang dipasangnya merupakan hasil inisiatif pertama diperkenalkan oleh kerajaan terhadap penggunaan tenaga solar iaitu pemilik boleh menjual tenaga elektrik kepada kerajaan dan memperoleh wang.

“Sekarang saya dapat RM450 sebulan. Pernah dapat hingga RM900 jika cahaya matahari terik dan cuaca baik tanpa hujan.

“Kerosakan tidak ada. Saya pernah cuci panel solar sendiri sekali. Lepas tu saya panggil pihak Gading Kencana kerana mereka ada khidmat penyelenggaraan,” kata Abdul Aziz.

Beliau yang akan berpindah ke rumah baharu di Klang dua bulan lagi akan membawa sekali panel solar tersebut. Rumah yang didiami itu telahpun dalam proses terakhir penjualan kepada pihak lain.

“Kena bawa pindah. Pertamanya kerana sistem feed in tariff ini sudah tidak ada. Sistem sekarang bila panel solar jana tenaga elektrik ia akan digunakan oleh pemilik, hanya lebihan elektrik yang akan dijual kepada TNB.

“Saya punya sistem ini 100 peratus apa yang panel solar hasilkan akan dibayar oleh TNB dalam bentuk wang tunai setiap bulan. Jadi saya nak simpan.

“Kedua pasal saya mengajar orang mengenai kehidupan lestari. Jadi, apa sahaja berkaitan kehiduap lestari kami kena praktikkan di pusat Seeds Malaysia di Klang. Ini akan jadi satu contoh yang baik untuk semua,” katanya.

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai kuota dan kos pemasangan panel solar yang berkualiti di bawah Program Skim Pemeteran Tenaga Bersih (NEM) 3.0 boleh hubungi pegawai pemasaran Gading Kencana, Bell di 012-2611740. -SM

 

(Visited 405 times, 1 visits today)

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button