Rencah Hidup

Indahnya hidup kuarantin tapi ada pantai peribadi untuk bercanda

HIDUP ini pastinya indah jika memiliki segala-galanya termasuk pantai peribadi. Begitulah pengalaman isteri Ahli Parlimen Padang Rengas, Datin Seri Haflin Nazri Aziz yang ketika ini menjalani kuarantin kerana positif Covid-19.

Haflin memuat naik klip video di Instagramnya, sedang bersantai di sebuah pantai di Kelantan sambil berendam di dalam air laut. Pantai itu berhadapan dengan Villa Danialla Beach Resort milik keluarganya.

Ketika permulaan video kelihatan gelang kuarantin berwarna merah jambu di tangan kiri Haflin. Dia kemudiannya berlari ke arah pantai sebelum berendam di dalam laut. Cuaca ketika itu baik dengan awan membiru dan air laut yang tenang.

Best home quarantine ever (Kuarantian di rumah yang terbaik pernah dirasai),” kata Haflin di Instagramnya.

Semalam media melaporkan, Haflin dan anaknya positif Covid-19 iaitu sehari selepas suaminya Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dijangkiti virus tersebut.

Beberapa pengikut Haflin gembira dengan sikap positif yang ditunjukkan oleh beliau.

“Wowww. The best place ever for quarantine datin. Means those people yg +ve covid can be at Villa Daniella for quarantine kan datin. Speedy recovery datin,” kata nurulartikajob.

OMG Datin Seri, seriously?? This is heaven!! may I join?,” kata drazmaraida.

Bagaimanapun ada beberapa pengikutnya yang mempersoalkan sama ada boleh atau tidak mereka yang dikuarantinkan bercanda di pantai.

“Bertuahnya. Ada rakyat kuarantin dalam rumah PPRT je,” kata eiffajamlluail.

“Dah ade gelang pink lagi keluar mandi laut. Contoh tauladan yang baik,” kata amad_asr.

Bagaimanapun beberapa orang warganet mempertahankan tindakan Haflin. Ini kerana menurut mereka Haflin berada dalam lingkungan kawasan yang dimilikinya.

“Adil la sis sebab resort tu dia yang punya. Memang dia asal kaya pun sebelum kawin dengan suami dia,” kata diya.na683.

“Laut di belakang rumah saja. Tidak akan ada interaksi dengan orang luar melainkan orang-orang seisi rumah mereka sahaja. Maka dengan itu berpeluanglah menikmati pantai yang hanya di belakang rumah,” kata esh.x.vii.-SM

 

 

(Visited 887 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button