NegeriRencah Hidup

“Kopi gantung” ikat tepi jalanan buka rezeki Fakhruddin

Oleh SHOLINA OSMAN

“Kopi gantung” tetiba menjadi riuh sekampung seperti kata orang sekarang, telah menjadi “viral”.

Memang tuah terletak pada nama “kopi gantung” sehingga para peminat kopi sanggup beratur panjang asalkan dapat menikmati keenakkannya.

Ini bermulanya nama “kopi gantung” iaitu air kopi yang diikat tepi dan digantung untuk diambil pelanggan.

Malah nama ini juga dikatakan membawa rezeki kepada pencetus “kopi gantung” pada musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 ini apabila menjadi gah sekitar Perlis.

Bukan sahaja keenakkan kopi ini meniti dari bibir ke bibir tetapi peminat kopi pula sibuk menaikkan status “kopi gantung” di Facebook (FB) dengan penuh keterujaan.

Pengurus Restoran Chortiez yang menyediakan makanan ala barat, Mohd. Fakhruddin Abd. Latif, 37, berkata, “kopi gantung” adalah laluan rezeki ketika beliau memikirkan nasib para pekerjanya berikutan permintaan makanan untuk dibawa pulang agak kurang memberangsangkan.


Katanya, beliau mula terfikir untuk menjual “kopi gantung” secara jalanan.

“Saya pertaruhkan nama “kopi gantung” untuk lebih mudah bagi menarik perhatian pelanggan,” kata yang bersyukur diberikan rezeki di kala keadaan kehidupan yang mencabar.

Beliau memberitahu, asal “kopi gantung” ini, cuma menu minuman biasa yang disasarkan kepada pelanggan lelaki yang suka melepak.

Bagaimanapun beliau tidak menyangka “kopi gantung” ini menjadi kegemaran pelanggan wanita.

Ia adalah air kopi yang dibungkus secara ikat tepi tetapi kemudiannya digantung di satu sudut untuk diambil oleh pelanggan,” katanya ketika menceritakan asal usul nama “kopi gantung”.

Bermula PKP 3.0,  beliau melakukan percubaan dengan menjual kopi gantung di gerai yang terletak di tapak Pasar Tani Taman Sena Indah, Kangar.

Beliau bersyukur kerana sambutan luar biasa oleh peminat kopi di negeri  ini.

Barisan pelanggan “kopi gantung” tak putus-putus di Restoran Chotiez, Taman Sena Indah di Kangar.

Mohd. Fakhruddin berkata, rata- rata pelanggan berpuas hati dengan minuman ini yang dijual dengan harga RM4.

“Kelainan “kopi gantung” ini kerana ia dari kopi jenis kasar yang dilazatkan dengan susu pekat manis dan susu penuh krim,” katanya.

Disebabkan dalam tempoh PKP pergerakan terhad radius 10 kilometer maka pihaknya membuka dua lagi gerai “kopi gantung” iaitu di depan Caltex Taman Melati Haz, Beseri dan depan Pejabat Pos Arau yang memulakan operasi perniagaan dari pukul 2 sehingga 6 petang pada setiap hari.

Bagi kawasan Kangar, kopi ini boleh didapati di Restoran Chortiez  di Taman Sena Indah yang dibuka mulai pukul 12 tengah hari hingga 6 petang. – SM

(Visited 317 times, 2 visits today)

Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button