MahkamahNasionalNegeri

Mahkamah arah kerajaan, Razak Baginda, dua lain bayar RM5 juta pada keluarga Altantuya

MAHKAMAH Tinggi Shah Alam, Selangor, hari ini ini mengarahkan kerajaan dan tiga yang lain membayar ganti rugi berjumlah RM5 juta kepada keluarga Altantuya Shaariibuu atas kematiannya pada 2006.

Hakim Vazeer Alam Mydin Meera membuat keputusan itu semasa prosiding dalam talian hari ini selepas mendapati keluarga Altantuya berjaya membuktikan dakwaan mereka atas imbangan kebarangkalian terhadap kerajaan, penganalisis politik Razak Baginda, dua bekas polis Sirul Azhar Umar dan Azilah Hadri.

Bapa Altantuya, Shaariibuu Setev, isterinya Altantsetseg Sanjaa dan anak lelaki Altantuya, Mungunshagai memfailkan saman terhadap mereka mendakwa terdapat konspirasi dalam pembunuhannya.

Altantuya dibunuh pada 2006 di hutan di Puncak Alam dengan satu tembakan di kepala sebelum mayatnya diletupkan dengan bahan letupan.

Azilah dan Sirul didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman mati atas pembunuhan Altantuya.

Razak yang merupakan pembantu kepada timbalan perdana menteri ketika itu Najib Razak, didakwa bersubahat dengan kedua-dua mereka, tetapi kemudiannya dibebaskan tanpa dipanggil pembelaan. – FMT – SM

 

(Visited 253 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button