Politik

Asas ketaatan, tolak pemimpin langgar Perlembagaan

SETIA

Taat dan setia itu bagus dan amat dituntut, namun perlu jelas susunan keutamaannya.

Tertinggi, mestilah ketaatan pada ALLAH SWT dan RASUL

Kemudian yang kedua taat pada Raja dan Negara (ulil amri) termasuk perlembagaannya.

Barulah yang ketiga, parti. yang kita pilih untuk menjadi alat, mencapai cita-cita pertama dan kedua di atas.

Keempat barulah pemimpin parti, selagi mana dia tidak melanggari kesetiaan pada yang pertama, kedua dan ketiga tadi.

Banyak gerakan dan parti politik serta pemimpin yang membawa pendekatan yang secara sedar atau tak sedar bercanggah dengan prinsip ketaatan pada perkara pertama dan kedua sama ada secara terang terangan atau secara berselindung (subahat).

Ideologi Nasional, Kedudukan Islam, Hak Melayu dan Bumiputera adalah antara perkara yang telah termeterai dalam perlembagaan dan kita perlu bersetia dengannya.

Tetapi jelas ada gerakan dan individu berterusan cuba menafikannya.

Kita wajib menolaknya dan kita di tuntut menentangnya.

Dipetik dari Facebook Tan Sri Annuar Musa

(Visited 206 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button