JenayahNegeri

Tekong gagal seludup 200 kg daun ketum ke Thailand

PECUT. Itulah yang dilakukan oleh seorang lelaki yang dipercayai tekong sampan kayu setelah menyedari pihak berkuasa menjalankan rondaan.

Penyeludup berkenaan terus bergerak laju dengan sampan kayunya menuju ke arah pantai sebelum menghilangkan diri dalam hutan bakau berdekatan.

Sampan kayu yang berisi daun ketum yang ditinggalkan tekong yang berdesup lari menyelamkan diri ke dalam paya bakau setelah menyedari dikejar pihak penguatkuasa.

Berikutan itu, Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Satu Langkawi merampas sampan kayu berkenaan setelah tekongnya melarikan diri berhampiran Pulau Ketam, Kuala Perlis, pada pukul 4.30 pagi.

Komander PPM Wilayah Satu Asisten Komisioner Polis Shamsol Kassim berkata, dalam serbuan terbabit pihaknya telah menemui 20 bungkusan plastik hitam seberat 200 kilogram (kg) yang dipercayai mengandungi daun ketum.

“Daum ketum berkenaan telah disorok di bawah kanvas biru di bahagian hadapan sampan kayu tersebut,” katanya.

Beliau berkata, hasil rampasan itu yang melibatkan daun ketum, sampan kayu dan enjin dianggarkan bernilai RM15,000.

PUKUL 4.30 pagi kelmarin suspek melarikan diri ke arah paya bakau setelah menyedari anggota Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Satu Langkawi menjalankan rondaan.

Katanya, kesemua rampasan dibawa ke Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Kangar untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.

Shamsol berkata, dipercayai daun ketum itu sedang dibawa menuju ke arah sempadan laut Malaysia -Thailand untuk urus niaga.

Bagaimanapun, katanya, aktiviti haram itu gagal kerana berjaya dikesan oleh bot ronda PPM. – SM

(Visited 352 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button