NasionalNegeri

MAIPs terus jalin kerjasama dengan 6 Wilayah Andaman

MAJLIS Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) meneruskan kerjasama dan hubungan kolaborasi strategik dengan Majlis-Majlis Agama Islam di 6 Wilayah Andaman Thailand melalui pelaksanaan pelbagai program dan inisiatif bersama.

Hubungan rapat yang mula terjalin pada 2015 telah membuahkan manfaat dalam pelbagai bidang seperti pengurusan hal ehwal Islam, zakat, halal, keusahawanan, pendidikan dan sukan termasuk pembelajaran Bahasa Melayu dan tulisan Jawi.

Demikian titah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail ketika berkenan menerima sembah mengadap ketua-ketua atau wakil Majlis Agama Islam 6 Wilayah Andaman di Restoran Pantai, Kemala, Phuket, Thailand baru-baru ini.

Seramai enam Ketua Majlis Agama Islam yang terdiri daripada Wilayah Satun (Ahmad Mohamad), Trang (Ahmad Qodim), Krabi (Asnawi Yahya Mukura), Phuket (Abdul Malik Doomlak), Phang Nga (Abd Aziz) serta wakil dari Ranong telah mengadap Baginda selaku Tuanku Yang DiPertua MAIPs bagi membincangkan beberapa perkara yang menyentuh kepentingan bersama.

Terdahulu daripada itu, turut dilaksanakan ialah satu mesyuarat strategik di Sekolah Agama Masjid Nurudeen Niyah Phuket antara Ketua-ketua Agensi Agama Islam Negeri Perlis diketuai Mufti Negeri, Profesor Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dengan pihak MAI wilayah Andaman.


Hadir sama ialah Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla Mohd Rizuan Abd Yazid. – SM

(Visited 51 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button