Uncategorized

Tiga motosikal, sebuah kereta hangus terbakar

Tiga motosikal dan sebuah kereta hangus terbakar dalam kebakaran membabitkan sebuah rumah di Kilometer 18, Kampung Serkam Darat, Merlimau, Jasin, Melaka hari ini.

Dalam kejadian berlaku pukul 11.19 pagi itu bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kehilangan nyawa atau kecederaan kerana mangsa seorang lelaki berusia 47 tahun sempat menyelamatkan diri.

Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan 1 (PBK 1) Dzulkarnain Abdul Halim berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 11.19 pagi sebelum tiba di lokasi pada 11.28 pagi.

Menurutnya, sejurus menerima panggilan tersebut, dua jentera dengan kekuatan 12 anggota dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Merlimau dan BBP Bukit Katil terus ke tempat kejadian.

“Sejurus tiba pasukan keluaran operasi (PKO) mendapati memang benar berlaku kebakaran rumah jenis separuh kekal yang berkeluasan 40 x 40 kaki persegi dengan anggaran kebakaran hampir 60 peratus.

“Turut musnah dalam kebakaran tersebut ialah tiga motosikal dan sebuah kereta yang tidak sempat diselamatkan,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Dzulkarnain berkata, ketika kebakaran berlaku terdapat seorang mangsa berada di dalam rumah tersebut dan dia sempat berlari keluar menyelamatkan diri.

Katanya, tiada sebarang kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan selepas operasi memadam kebakaran itu tamat.

Justeru beliau berkata, siasatan lanjut mengenai punca kejadian masih diteruskan dan operasi kebakaran terkawal pada jam 12.12 tengah hari. – SM

(Visited 350 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button