Nasional

PM rasmi SUKIPT2022 bakar semangat atlet

Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) 2022 yang sedang berlangsung di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bakal dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Sri Ismail Sabri Yaakob Ahad ini.

Naib Canselor UPSI, Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff berkata SUKIPT 2022 anjuran Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dengan kerjasama UPSI itu menyaksikan hampir 8,000 atlet berkampung bersama Pegawai Sukan setiap kontinjen.

Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff.

Majlis pelancaran awal SUKIPT 2022 baru-baru ini disempurnakan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.

“Kehadiran Perdana Menteri pastinya memberi makna yang besar kepada penganjuran SUKIPT2022 serta membakar semangat semua atlet yang sedang bersaing merebut pingat yang ditawarkan.

Majlis perasmian yang akan berlangsung jam 8.00 malam di Stadium UPSI, Kampus Sultan Azlan Shah, Proton City akan diserikan pertunjukan bunga api, perarakan kontinjen Malaysia AUG( ASEAN University Games) dan Sukan Komanwel, persembahan artis jemputan Amir Masdi serta persembahan khas daripada penaja iaitu Proton.


Beliau berkata kira- kira 700 sukarelawan membantu menjayakan kejohanan yang menawarkan 208 pingat emas yang menjadi rebutan atlet.

Sebanyak 21 acara dipertandingkan bermula hari ini dan kita yakin semua atlet yang mewakili institusi masing-masing bersemangat bersaing merebut pingat demi mengharumkan nama institusi masing-masing.

Menurut beliau sebanyak 66 kontinjen akan mengambil bahagian dalam acara yang dipertandingkan termasuklah acara bola sepak, lawn bols, badminton, sofbol, futsal, silat, kayak, petanque, golf, ragbi 7’s, karate, olahraga, hoki, skuasy, memanah, catur, ping pong, sepak takraw, taekwondo, bola jaring, serta renang.

Atlet silat UPSI sedang beraksi.

UPSI meraih pingat pertama hari ini menerusi acara pencak silat (Regu Puteri) kategori Regu Puteri menerusi Puteri Nor Adhilah Wani (Fakulti Teknikal dan Vokasional), Rabiatul Adawiyah (Fakulti Sains Sukan dan Iffah Maisarah (Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan).

” Kami menjemput penduduk setempat termasuk pelajar-pelajar sekolah sekitar daerah Muallim untuk tidak melepaskan peluang menyaksikan kejohanan dan majlis perasmian yang menarik dan gilang-gemilang,”katanya.

(Visited 164 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button