NasionalNegeri

AADK Perlis sasar Utan Aji kawasan putih tahun ini

AGENDI Antidadah Kebangsaan (AADK) Perlis menyasarkan Mukim Utan Aji yang dikenalpasti sebagai Kawasan Berisiko Tinggi (KBT) penyalahgunaan dadah bebas sepenuhnya daripada aktiviti ini sebelum diiktiraf sebagai Zon Hijau.

Timbalan Ketua Pengarah Operasi AADK Malaysia, Datuk Dr. Muhamad Sade Mohamad Amin berkata, jika berjaya bermakna Mukim Utan Aji akan mengikut jejak langkah dua kawasan Zon Hijau iaitu Mukim Sanglang dan Mukim Sena.

Muhamad Sade Mohamad Amin berbual dengan salah seorang pengujung di tapak pameran AADK di Pusat Khidmat Wakil Rakyat Simpang Empat.

“Kedua mukim ini dulu serius dengan penyalahgunaan dadah kini menjadi contoh kepada KBT lain supaya menjadi Zon Hijau,” katanya pada sidang media selepas program “Walkabout” Bersama KBT Mukim Sanglang di pekan Simpang Empat, dekat Arau, petang semalam.

Turut hadir Pengarah AADK Perlis, Khairul Anwar Ahmad dan Ahli Dewan Undangan Negeri Sanglang, Mohd. Shukri Ismail.

Muhamad Sade berkata, setakat ini terdapat tiga lagi Zon Merah iaitu Mukim Kuala Perlis, Mukim Sena dan Mukim Kurong Batang.

Beliau berkata, pada peringkat awal, Mukim Utan Aji akan menjalani fasa pembersihan terlebih dahulu.

“Pada fasa pembersihan ini bertujuan untuk memutuskan rantaian permintaan dan penawaran dadah,” katanya.

Katanya lagi, akan dijalankan juga program pembersihan tempat penagihan, pengesanan penagih dadah dan sebagainya.

Muhamad Sade berkata, AADK juga menyasarkan untuk menghijaukan 23 lagi KBT di seluruh negara.

Selain itu katanya, program “walkabout” juga akan diteruskan supaya masyarakat dapat diperjelaskan dengan mesej penyalahgunaan dadah di sepanjang masa. – SM

(Visited 437 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button