Nasional

Penyelewengan bantuan: Wira Putra buat laporan polis

PERGERAKAN Wira Parti Putra Malaysia (Wira Putra) telah membuat laporan polis pada 24 April 2020 di Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak berhubung penyelewengan, penipuan bantuan makanan asas kerajaan kepada golongan miskin dan B40.

Ketua Pergerakan Wira PUTRA Malaysia, Nasrul Ali Hasan Abdul Latif berkata, laporan itu dibuat setelah tular di media sosial dan berita atas talian berkaitan 150 sumbangan makanan asas (bakul makanan) kepada Ahli Parlimen Rasah yang kurang dari nilai yang dinyatakan.

Nasrul Ali Hasan Abdul Latif

Nilai yang dinyatakan ialah RM100 dari Kementerian Kewangan dan RM50 dari NADMA.

“Wira PUTRA memandang serius berkenaan kebajikan orang-orang miskin dan kurang berkemampuan.

“Seharusnya isu ini tidak boleh terjadi kerana ia diuruskan sendiri oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat sebelum diserahkan kepada koordinator tempatan untuk diagihkan.

“Walaupun telah dinyatakan oleh Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob JKM menerima banyak jenis sumbangan dengan pelbagai jumlah yang berbeza.

“Hal ini bercanggah dengan kenyataan Ahli Parlimen Rasah yang menyatakan ia adalah sumbangan seperti yang diperuntukkan kepada Parlimen yang sepatutnya bernilai RM100.

“Kalau tiada angin masakan pokok bergoyang dan alasan yang dinyatakan menteri kanan itu seperti sekadar ingin menutup kesalahan yang mungkin benar-benar terjadi,” kata Nasrul Ali dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, Wira PUTRA telah membuat laporan polis berkenaan hal tersebut bagi mendapatkan kebenaran.

Para penerima yang semuanya dari golongan asnaf dan B40 katanya, tidak wajar dianiaya dalam keadaan semasa yang juga telah menekan mereka untuk mencari rezeki.

“Wira PUTRA telah memohon untuk pihak polis untuk menyiasat kebenaran hal tersebut yang mungkin melibatkan unsur pecah amanah, penyelewengan dana, salah laku jenayah individu atau kumpulan tertentu yang mengambil kesempatan atau mencuri sebahagian barangan sebelum ia diagihkan.

“Wira PUTRA tidak akan berkompromi kepada sesiapa jua yang mengambil kesempatan ke atas rakyat yang kurang kemampuan dan miskin dan mereka yang sesiapa yang terlibat tidak kira kelas, keturunan dan sebagainya perlu segera didakwa dan dihukum mengikut lunas undang-undang sedia ada,” katanya.

Sehubungan itu, Wira PUTRA  menggesa agar kerajaan tidak terus double standard dengan terbawa-bawa perangai dan sikap kerajaan terdahulu.

“Aduan ahli parlimen Pulau Pinang koordinator pengagih sumbangan dilantik dari kalangan partisan parti politik pro kerajaan sahaja yang mana mengakibatkan pengagihan tidak dihantar secara menyeluruh.

“Kerjasama semua pihak pada masa ini adalah amat penting bagu memastikan masyarakat tanpa mengira parti, agama dan bangsa yang terhimpit dapat menerima bantuan sewajarnya.

“Pilih kasih pada penerima yang pro parti kerajaan sahaja akan menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat.

“Elok jika nak kekal sebegini tambah sahaja nama parti disokong dalam kad pengenalan atau umum dengan jelas bantuan ini khusus untuk keluarga pro kerajaan sahaja,” ujarnya.

Wira PUTRA juga mendesak pihak polis untuk membuka kertas penyiasatan segera kerana hal ini bukan sahaja disyaki penyelewengan berlaku tetapi turut melibatkan mencuri bekalan makanan rakyat golongan miskin.

“Ini adalah satu perbuatan tidak berhati perut, jahat dan zalim,” tegasnya. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button