Nasional

Malaysia miliki helikopter tempur pemusnah kereta perisai

Sebanyak enam buat helikopter tempur ringan tiba di negara dan menjadi aset baharu Angkatan Tentera Malaysia.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengumumkan perkara itu berkata Peranan utama helikopter ini adalah sebagai Pesawat Tempur Ringan dan ianya dilengkapi dengan kuasa tembakan (firepower) jenis Gatling Gun 7.62mm, Heavy Machine Gun 12.7mm dan Rocket Launcher 70mm.

Keupayaan kuasa tembakan (firepower) yang dimiliki oleh pesawat ini mampu menggempur kenderaan perisai ringan dan trup Infantri dalam jarak 500 meter ke 7 kilometer. Ketangkasan (agility) helikopter ini juga membolehkan ianya melaksanakan tugas tinjauan udara.

“Helikopter ini akan diaturgerakkan untuk membantu ketumbukan Tempur Tentera Darat Malaysia yang lain di Semenanjung Malaysia dan juga Sabah dan Sarawak,” katanya.

(Visited 406 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button