JenayahNasional

Geng basikal tunjuk samseng pukul lelaki warga emas

MANA perginya adab dan rasa hormat orang muda terhadap warga emas sehingga sanggup memukul mangsa hanya semata-mata ditegur akan perbuatan menunggang basikal di jalan raya.

Itulah nasib yang menimpa seorang lelaki warga emas apabila dia dipukul oleh sekumpulan geng basikal yang tidak berpuas hati kerana ditegur tentang tatacara menunggang basikal di atas jalan raya.

Teguran warga emas berkenaan mengundang padah sedangkan niatnya memberi teguran besar kemungkinan memberi nasihat dan menjaga keselamatan sebagai penunggang basikal.

Kejadian yang menimpa warga emas itu tular di media sosial apabila anak mangsa, Aizal Wariner berkongsi rakaman video yang menyatakan kekesalannya dengan sikap geng basikal tersebut.

Menurut Aizal, telah berlaku pertengkaran kecil di antara bapanya dengan geng basikal tersebut sebelum bapanya dipukul dan ditinggalkan di tepi jalan.


Aizal turut memaklumkan kejadian tersebut berlaku di Kawasan Kampung Melayu Subang selepas lampu isyarat simpang masuk  ke Seri Cahaya.

Dalam rakaman video tersebut, Aizal memohon jasa baik orang awam yang melihat kejadian tersebut agar tampil menghubunginya. – SM

(Visited 142 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button