Politik

Pengerusi UMNO negeri gesa MP UMNO dokong keputusan parti

SEMUA ahli Parlimen UMNO dan kepimpinan parti perlu mematuhi dan mempertahankan sebarang keputusan yang dibuat oleh parti tersebut.

Gesaan itu dibuat oleh kesemua Pengerusi-Pengrusi Badan Perhubungan Negeri dalam satu kenyataan. Menurutnya gesaan itu selaras dengan garis panduan dan peruntukan dalam Perlembagaan UMNO.

Mereka juga menggesa seluruh kepimpinan dan pendokong parti UMNO di semua peringkat meliputi cawangan dan bahagian diseru untuk terus bersatu, bersetia dan mendokong kepimpinan parti pada setiap masa.

Kenyataan itu turut menggesa semua ahli parti terus istiqomah dan berpegang teguh kepada prinsip perjuangan, peraturan dan tatasusila sebagai ahli UMNO.

Kenyataan itu ditandangani oleh Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, Datuk Ir. Hasni Mohamad, Datuk Saarani Mohamad dan Datuk Seri Azlan Man.

Turut menandatangani kenyataan tersebut adalah Datuk Ahmad Jazlan Yaakub, Datuk Seri Ahamd Said, Datuk Seri Bung Moktar Radin, Datuk MUsa Sheikh Fadzir, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Datuk Seri Ab. Rauf Yusof, Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan Tan Sri Noh Omar.-SM

(Visited 181 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button