NasionalNegeriPendidikan

Pendidik perlu lengkap diri dengan ilmu, kemahiran – Raja Muda Perlis

RAJA Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah supaya golongan pendidik bersiap sedia dengan memperlengkapkan diri masing-masing dengan ilmu dan kemahiran yang tinggi.

Baginda bertitah, langkah ini perlu supaya mereka tidak ketinggalan dalam perkembangan arus pendidikan dunia.

Titah Baginda, sebagai agen perubahan maka para pendidik perlu sentiasa peka dengan mengikuti dan memenuhi segala keperluan dalam ekosistem pendidikan, selaras dengan perkembangan teknologi digital.

Demikian titah Tuanku Syed Faizuddin selepas berkenan berangkat menyerahkan sumbangan zakat Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berjumlah RM11,600 kepada seramai 29 asnaf terpilih.


Masing-masing akan menerima RM400 setiap seorang ini adalah kalangan anak kariah Masjid Ar Rahmaniah, Kampung Seberang Tok Pi Kuala Perlis.

Pengajihan ini akan dilakukan oleh amilnya, Ramli Berahan semalam.

Baginda diiring Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor.

Tuanku Syed Faizuddin dalam titah juga menzahirkan rasa bangga dengan pembudayaan pelbagai inovasi dalam kalangan warga pendidik di negeri ini yang semakin bertambah positif melalui pelbagai inisiatif di Institusi Pengajian Tinggi (IPT), sekolah dan juga Jabatan Pendidikan Negeri.

Baginda bertitah, pihak Jabatan Pendidikan Negeri secara khususnya juga memainkan peranan sebagai ‘support system’.

Titah Baginda, ia termasuklah dengan menyediakan sumber pengetahuan dan kemahiran serta ruang yang bersesuaian untuk para guru berkongsi amalan terbaik secara berterusan dalam program-program yang dirancang.

Baginda bertitah, seterusnya ia akan mampu membawa nama Perlis ke peringkat yang lebih tinggi di samping turut mendapat perhatian daripada pendidik luar dari masa ke semasa. – SM

(Visited 31 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button