NasionalRencah Hidup

Berehatlah selepas vaksinasi

VAKSIN Covid-19 adalah amat penting untuk diambil dalam situasi pandemik Covid-19 yang kini melanda di seluruh dunia kerana ia dapat mengawal penularan virus ini.

Tidak hanya satu dos yang perlu kita ambil, tetapi kini hampir kesemua rakyat Malaysia yang menerima vaksin telah pun lengkap mengambil dua dos vaksin malah sekarang sedang menunggu giliran atau sudah selesai bagi mengambil dos pelengkap atau lebih dikenali sebagai ‘booster’.

Setiap orang sudah sedia maklum akan kesan sampingan pengambilan vaksin yang kebanyakannya adalah ringan, bersifat sementara dan boleh sembuh dalam beberapa hari dengan atau tanpa memerlukan rawatan seperti sakit, pembengkakan dan kemerahan di tempat suntikan, letih, sakit kepala, sakit otot, menggigil, sakit sendi, demam, loya, berasa tidak sihat dan pembengkakan kelenjar limfa.

Ada juga kesan sampingan yang jarang tetapi boleh berlaku seperti kesukaran bernafas, pembengkakan muka, bibir, lidah atau tekak, denyutan jantung yang sangat cepat, ruam teruk timbul di seluruh badan serta berasa pening dan lemah tubuh badan.

Dalam pada itu, selepas menerima mana-mana dos vaksin termasuklah dos booster, orang ramai dinasihatkan supaya mengelak daripada melakukan aktiviti fizikal berat selama tujuh hari seperti berbasikal, angkat berat, sukan melibatkan bola atau raket, berlari atau berjogging dan berenang.

Berikutan kes kematian yang dipercayai berlaku akibat serangan jantung ketika melakukan aktiviti berat selepas dipercayai mengambil dos booster, orang ramai dinasihatkan untuk berehat di rumah setelah menerima dos booster sekurang-kurangnya tujuh hari bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.

Jika sebelum vaksin kita suka membuat senaman yang berat, jadi selepas vaksin kita cuba ubah rutin tersebut kepada senaman yang lebih ringan dan berehat sebentar bagi memberi masa kepada tubuh badan untuk pulih sepenuhnya.

Setiap ubat menpunyai kesan sampingan termasuk vaksin. Namun, itu bukan alasan untuk tidak mengambil vaksin.

Sebagai rakyat yang bertanggungjawab, kita haruslah mengambil vaksinasi untuk melawan virus Covid-19 supaya kita dapat hidup bebas seperti sedia kala. – SM

(Visited 249 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button