Nasional

Warga emas aset negara

‘Ketahuilah bahawa warga emas merupakan aset yang amat penting kepada negara kerana mereka memiliki ilmu, pengalaman dan kepakaran yang sukar dicari ganti’.

Rakyat dinasihatkan supaya, ‘Ingatlah bahawa, usia emas bukanlah satu ‘noktah’ untuk tidak terus menyumbang tenaga dan idea, malah bagi kita juga untuk memanfaatkan kelebihan yang ada pada golongan ini’.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail ketika berkenan berangkat merasmikan “Sambutan Hari Warga Emas dan Orang Kurang Upaya (OKU) Peringkat Negeri Perlis, Tahun 2020” yang diadakan di Pauh Inn, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) Pauh Putra pada petang tadi.

Keberangkatan tiba baginda bersama-sama Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil disambut oleh Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri, Mohammad Hazam Ismail.


Turut hadir ialah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Ruzaini Rais dan Pengarah PTSS, Abdul Malek Hassan.

Baginda menyakini bahawa Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah merangka dan melaksanakan pelbagai program untuk mengendalikan segala perancangan peningkatan sama ada daripada aspek pembangunan, perlindungan mahupun kebajikan terhadap warga emas.

Tuanku Raja Muda juga berharap semoga warga emas perlu diberi perlindungan sebaiknya kerana mereka inilah golongan yang amat berisiko terhadap penularan pandemik Covid-19.


Untuk rekod, tema Sambutan Hari Warga Emas Kebangsaan 2020 adalah “Pandemik Dan Penuaan: Mendepani Perubahan” yang bertepatan sekali dengan situasi negara yang berdepan dengan COVID-19.

Malaysia telah diunjurkan akan menjadi sebuah negara tua (aged nation) pada tahun 2030 apabila penduduk berumur 60 tahun dan ke atas mencapai 15% daripada jumlah keseluruhan penduduk. Ini juga akan memberi kesan perubahan sosial terutama di negeri Perlis.

(Visited 141 times, 1 visits today)

Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button