Nasional

10 rumah di Lahad Datu musnah dalam kebakaran

10 buah rumah setinggan di Kampung Puyut, di sini, musnah dalam kebakaran pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.34 pagi.

Beliau berkata sepasukan 20 anggota bomba dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, pasukan segera cuba mengawal api daripada merebak ke rumah berhampiran.

“Api berjaya dikawal pada jam 5.41 pagi,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut jurucakap, tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian ini.

“Tiada mangsa terbabit dan kami akan mengemas kini maklumat terkini dari semasa ke semasa,” katanya.

 

(Visited 151 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button