AgamaNasionalNegeri

Wan Zahidi dilantik Mufti Perak baharu

DATUK Wan Zahidi Wan Teh, anak kelahiran Gerik, diperkenan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dilantik sebagai Mufti Perak yang baharu bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa 1 Ogos ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim berkata, Wan Zahidi yang kini Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia merupakan tokoh pemikir Islam yang memberikan sumbangan besar kepada dunia akademik, penyelidikan, pendidikan serta pembangunan modal insan.

“Beliau memiliki pengalaman lebih 40 tahun dalam perkhidmatan awam dan bidang akademik khususnya dalam pentadbiran Islam.

“Beliau pernah menjawat pelbagai jawatan penting seperti pakar perunding Yayasan Dakwah Islamiah, rektor Kolej Islam Darul Ridzuan, Mufti Wilayah Persekutuan dan felo kehormat kanan Universiti Islam Malaysia,” kata Ahmad Suaidi dalam satu kenyataan hari ini.

Pada 30 Mei 2021, Harussani Zakaria, 82, yang dilantik sebagai Mufti Perak sejak 1985 meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun semasa mendapatkan rawatan kerana jangkitan Covid-19. – SM

(Visited 246 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button