Rencah Hidup

Suami taksub lari maraton sanggup kurung anak dalam kereta, isteri minta cerai

SEORANG wanita di China yang baru bercerai mengecam ketaksuban bekas suaminya untuk berlari dalam maraton seningga pernah membiarkan anak perempuan mereka yang berusia lima tahun duduk terkurung di dalam kereta selama berjam-jam lamanya.

Oddity Central melaporkan, menerusi hantaran di laman sosial, Zhao yang tinggal di wilayah Hunan di selatan China itu meluahkan perasaan marah dengan berkata, obsesi bekas suaminya, Peng untuk berlari akhirnya memusnahkan keluarga mereka.

Zhao mendakwa larian sentiasa menjadi keutamaan bekas suaminya itu.

Pada mulanya, Zhao memberi galakan kepada Peng untuk menjaga kesihatan namun lama kelamaan ia menjadi satu-satunya perkara yang menjadi kepentingannya.

Hobi Peng menyebabkan rumah tangganya dengan Zhao bergolak dan salah satu tindakan terdesak sang suami meyakinkan wanita itu bahawa dia lebih baik bersendirian.

Menurut Toutiao News, Zhao tidak melihat kejadian yang menimpa anaknya terkurung selama berjam-jam di dalam kereta disebabkan Peng sibuk berlari maraton namun kejadian itu diberitahu sendiri oleh anak perempuannya itu.

Pada hari kejadian, Peng membelikan anaknya sarapan pagi, memberi telefon bimbit untuk hiburan dan mengurungnya didalam kereta sebelum berlari dalam maraton.

Peng mengaku meninggalkan anak perempuannya bersendirian di dalam kereta supaya dia boleh berlari dalam maraton.

Bagaimanapun, Peng mendakwa dia hanya berlari dalam jarak yang singkat sebelum kembali kepada anaknya yang ditinggalkan  di dalam kereta.

“Saya hanya berlari 1.5 km kemudian kembali ke kereta dan mendapati dia sedang tidur,” dakwa Peng.

Peng juga memberitahu bekas isterinya itu, jika tidak suka cara dia membesarkan anak perempuan mereka, Zhao boleh membawa anak itu pergi bersamanya.

Mudah sungguh Peng melepaskan tanggungjawabnya sebagai seorang bapa terhadap anak tunggalnya itu. – SM

BACA Diberi nafkah RM50 setahun, Siti nekad bercerai

(Visited 105 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button