Nasional

Restoran Riverside berwajah baharu

Awal Februari yang lalu, kita telah menyaksikan pembukaan semula Restoran Riverside dengan wajah baru setelah menjalani proses pengubahsuaian selama hampir sebulan.

Dengan memperkenalkan tarikan menu terbaru dan juga penghasilan kopi Arabika yang terbaik daripada barista, Restoran Riverside menerima sambutan dan maklum balas yang menggalakkan dari para pengunjung.

Maklum balas positif tersebut mencetuskan idea untuk pengurusan Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) memperkasa cabang perniagaannya.

Selaras dengan hasrat tersebut, satu cawangan terbaru berkonsepkan “Cafe on the Go” bakal dilancarkan pada 22 Julai akan datang bertempat di ruang legar Menara Dato Onn.

Turut dijemput bersama Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, YB Dato’ Dr. Noraini Ahmad bagi merasmikan majlis pembukaan “Riverside Cafe On The Go” tersebut.

Tampil dengan konsep yang lebih santai dan mesra pelanggan, “Riverside Cafe On The Go” masih lagi mengekalkan menu yang sama dan menumpukan perhatian kepada meningkatkan mutu penyediaan makanan yang lebih cepat dan efisien untuk menjamu para pelanggan sebagai jaminan kepuasan pelanggan.

Pengekalan menu sedia ada di mana-mana cawangan Riverside ini bertujuan bagi memastikan citarasa autentik Restoran Riverside dikenali buat para pelanggan setia mahupun buat mereka yang baru ingin mencuba.

Mengambil kira cara hidup masa kini yang sentiasa bergerak pantas, Riverside Cafe On The Go menawarkan pelbagai sajian yang mudah dan ringkas dan sedia dimakan seperti pelbagai jenis pastri seperti pai daging, croissants, aneka kuih muih tradisional Melayu dan hidangan tempatan lain seperti nasi lemak, bihun goreng dan sebagainya yang sudah begitu sinonim sebagai sajian sarapan tempatan.

Dalam usaha meluaskan rangkaian perniagaannya, pihak Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) sedang dalam perbincangan akhir dengan beberapa pihak untuk menambah beberapa lagi cawangan Riverside Cafe On the Go di sekitar Lembah Klang terutama sekali di beberapa stesen minyak terkemuka.

“Kita juga sedang mempertimbangkan untuk membuka cawangan Riverside Cafe On the Go di institusi pengajian tinggi awam dan swasta sekitar Lembah Klang.

Pihak kami berpendapat, dengan pembukaan tersebut ia mampu memberikan peluang pekerjaan kepada para pelajar terutama yang berasal dari keluarga B40.” kata Fauzy Wahab, Ketua Pegawai Operasi WTCKL.

Beliau menambah “Seiring dengan perlantikan terkini Pengarah Eksekutif kita Dato’ Seri Dr. Irmohizam Ibrahim sebagai Pengerusi Majlis Penasihat Anggota Asia Pasifik Persatuan Pusat Dagangan Dunia, kita bermatlamat agar jenama Riverside ini dapat diketengahkan kepada usahawan francais tempatan dan turut sama membantu mempromosikan jenama ini ke peringkat antarabangsa melalui platform yang tersedia di dalam gabungan ahli-ahli lain seluruh Asia Pasifik.”

Sejak lebih 20 tahun yang lalu, Riverside Cafe & Restaurant terkenal dengan sajian tempatan yang autentik dan menyelerakan. Antara hidangan yang sentiasa menjadi pilihan pelanggan ialah Nasi Lemak, Mee Goreng Mamak dan antara minuman wajib dipesan ialah Teh Tarik.

“Dengan mengetengahkan jenama Riverside On the Go dalam bentuk francais terutama di arena antarabangsa, kita berharap untuk mengetengahkan usahawan muda dalam industri makanan dan minuman ke persada antarabangsa.

Bakat dan minat dalam bidang perniagaan ini harus dipupuk dari usia muda.

Oleh yang demikian, kita berhasrat untuk bekerjasama dengan pihak Kementerian Pengajian Tinggi dan juga Perbadanan Nasional Berhad (PNS) untuk memberi ruang dan peluang kepada bakal usahawan muda kita ini.” kata Fauzy. “Riverside Cafe On The Go” ini juga menawarkan “Point-Based Rewards” buat para pelanggan yang berbelanja.

Setiap pembelian bernilai RM5 para pelanggan akan memperoleh 1 mata ganjaran. Kad loyalti akan diberikan kepada setiap individu yang datang dan hanya perlu ditunjukkan kepada juruwang untuk dicop.

Pengumpulan sejumlah mata ganjaran melayakkan pelanggan untuk menebus tawaran seperti berikut: • 10 mata ganjaran = 1 kopi percuma • 15 mata ganjaran = 1 pastri percuma • 20 mata ganjaran = 1 kopi + 1 pastri percuma.

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi Intan Tantiyana Puteri Jaafar Pengarah Jabatan Komunikasi Pemasaran Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) [email protected] : 03-2614 6115 | : 03- 4043 3777 Portal Rasmi : www.worldtradecentrekl.com.my

(Visited 229 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.
Back to top button