Nasional

TPM mahu polis, kementerian pastikan warga asing tidak bersesak di PPV

TIMBALAN Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa terkejut warga asing berpusu-pusu tanpa mematuhi prosedur operasi standard di dua Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di ibu negara.

Ismail Sabri dalam kenyataan ringkas di media sosial mahu pihak berkuasa dan kementerian berkaitan memastikan keadaan tersebut tidak berulang.

“Saya terkejut melihat video keadaan di PPV Rumah Prihatin Hotel Grand Seasons dan PPV Bukit Jalil hari ini yang penuh berpusu-pusu sehingga mengabaikan SOP.

“Saya harap pihak penguatkuasa dapat memastikan keadaan pekerja asing bersesak-sesak seperti ini tidak berulang lagi kerana ianya boleh menyebabkan penularan wabak.

“Saya akan menghubungi kementerian yang berkaitan serta pihak PDRM supaya kejadian ini dapat ditangani segera,” katanya.

Sementara itu Annuar berkata, khidmat vaksinasi di kedua-dua buat PPV itu telah beroperasi sejak tiga minggu lalu tanpa sebarang masalah.

Katanya, pihak polis akan mengeluarkan kenyataan berkaitan insiden berkenaan.

“Terkejut lihat video viral mengenai penerima vaksinasi yg ramai dan tidak mematuhi SOP. Maklumat awal menyatakan ada rush/serbuan nak dapatkan vaksin oleh warga asing pagi tadi. Keadaan bagaimanapun segera di kawal oleh polis dan kembali normal.

“Khidmat vaksinasi di sini sudah berjalan 2,3 minggu tanpa masaalah begini. PDRM dan petugas sedang siasat puncanya PDRM akan keluarkan kenyataan sekejap lagi,” katanya.

(Visited 198 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button