Nasionalpilihan

Polis kawal kesesakan di PPV Hotel Grand Season

POLIS telah mengambil tindakan segera dengan mengarahkan pasukan pematuhan ke Pusat Pemberian Vaksin di Hotel Grand Season, Kuala Lumpur hari ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, hebahan juga dibuat kepada orang ramai yang hadir supaya melakukan penjarakan sosial dan memakai pelitup muka.

“Pasukan pematuhan berjaya mengawal keadaan di pusat tersebut sehingga program vaksinasi selesai.

“Kita juga memohon kerjasama daripada orang ramai supaya terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN),” katanya.

Tambahnya, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan perlanggaran SOP boleh menghubungi IPD Dang Wangi di talian 03-26002222 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran.


Terdahulu, tular di laman sosial video berdurasi selama 7 minit 15 saat yang menunjukkan kesesakan orang ramai di PPV Hotel Grand Season.

Di dalam video tersebut, orang ramai dilihat beratur dalam keadaan rapat dan tidak mengikut penjarakan sosial yang diarahkan sebelum ini. -SM

(Visited 261 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button