Nasional

Sarawak akan kongsi pengalaman dalam meneroka ekonomi baharu – Abang Johari

KERAJAAN Sarawak akan berkongsi pengalamannya dengan beberapa negara lain berhubung usaha mereka meneroka bentuk ekonomi baharu, dengan matlamat utama untuk membimbing negeri itu ke arah pembangunan ekonomi yang pesat.

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata beliau akan berucapan di Singapura minggu depan, sebelum lawatan ke Rotterdam di Belanda pada awal Mei.

Bagaimanapun, beliau belum menjelaskan butiran lanjut tentang acara yang di mana beliau akan berucap.

“Sekarang negara lain mengenali usaha Sarawak dan telah menjemput saya untuk berkongsi sedikit pengalaman yang ada dengan mereka sambil meneroka peluang perkongsian,” katanya.

Abang Johari berkata demikian dalam ucapan merasmikan sambutan Nuzul Al-Quran Sarawak di Masjid An-Nur di sini pada Isnin (18 April).

Menurut beliau juga Sarawak, seperti negara maju lain, harus menggunakan teknologi untuk memacu ekonominya pada tahap tertinggi berdasarkan bidang ilmu semasa.

Selain itu, Sarawak juga melihat usaha antarabangsa untuk mengurangkan pemanasan global sebagai peluang untuk usaha ke arah ekonomi berasaskan bahan api rendah karbon.

“Sekira tidak mengorak langkah awal dari sekarang, Sarawak akan ketinggalan namun Sarak telah memulakan langkah awal pada 2017 sebaik sahaja saya mengambil alih tampuk kepimpinan kerajaan,” katanya.

Turut hadir pada majlis itu ialah Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud dan isteri Toh Puan Raghad Kurdi Taib, isteri Abang Johari Puan Sri Juma’ani Tun Tuanku Bujang, beberapa menteri kabinet Sarawak dan timbalan menteri, ketua jabatan dan ketua masyarakat setempat.  – SM

(Visited 221 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button