Nasionalpilihan

Muhyiddin masuk hospital

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dimasukkan ke hospital pada pagi ini selepas mengalami diarea sejak semalam.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata, beliau dimasukkan ke sebuah hospital di ibu negara bagi tujuan rawatan dan pemantauan.

“Pejabat Perdana Menteri ingin memaklumkan bahawa YAB Perdana Menteri mengalami diarea sejak semalam.

“Sehubungan itu beliau didaftar masuk ke sebuah hospital di ibu negara pagi ini untuk menerima rawatan dan pemantauan,” katanya. -SM

(Visited 971 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button