Nasional

Menteri Perpaduan Negara positif Covid-19

SEORANG lagi anggota kabinet disahkan positif jangkitan Koronavirus (Covid-19) oleh Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini.

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique disahkan positif selepas menjalani ujian saringan semalam di Johor Bahru, Johor.

Bagaimanapun, tidak dinyatakan secara terperinci jika terdapat sebarang pertemuan dan lokasi beliau selepas menjalani ujian saringan itu.

“Halimah telah menjalani ujian saringan Covid-19 pada 18 Januari 2021 dan disahkah positif oleh KKM pada hari ini.

“Susulan itu, beliau akan menjalani rawatan dan tempoh kuarantin mengikut saranan dan pemantauan rapat oleh pihak KKM di Johor Bahru.”

Demikian makluman daripada kenyataan yang dikeluarkan oleh Unit Komunikasi Korporat Kementerian Perpaduan Negara hari ini.

Sebelum ini, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. Adham Baba memaklumkan tiga anggota kabinet disahkan positif.

Ketiga-tiga menteri tersebut termasuklah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd. Harun.

Seorang lagi menteri positif adalah Menteri Dalam Negeri yang juga Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Selain itu, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Datuk Zahidi Zainul Abidin disahkan positif Covid-19 selepas menjalani ujian saringan pada minggu lepas.

Dalam pada itu, Kementerian Perpaduan Negara memaklumkan Halimah tetap akan memantau urusan berkaitan kementerian dan memastikannya berjalan lancar.

Tambahnya, Halimah juga mengucapkan terima kasih kpeada semua pihak yang mendoakan kesembuhan beliau dan memohon maaf di atas segala kesulitan dan masalah yang timbul akibat perkembangan ini. – SM

(Visited 248 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button