fbpx
Nasional

Lagi pemimpin politik positif Covid-19

SEORANG lagi pemimpin politik disahkan menghidapi Covid-19. Menteri Perpaduan Negeri Datuk Halimah Mohamed Saqique disahkan positif oleh Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini selepas menjalani ujian saringan Covid-19 semalam.

Kementerian dalam satu kenyataan berkata, Halimah akan menjalani rawatan dan tempoh kuarantin mengikut saranan dan pemantauan rapat KKM di Johor Baharu.

Sepanjang tempoh rawatan beliau akan terus memantau dan memastikan segala urusan kementerian berjalan dengan lancar.

Sebelum ini beberapa ahli politik termasuk menteri dan ahli Parlimen telah disahkan positif Covid-19.-SM

(Visited 45 times, 1 visits today)


Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button