Nasionalpilihan

Sambutan Minggu Perpaduan bakal semarakkan aspirasi Malaysia MADANI

KEMENTERIAN Perpaduan Negara (KPN) telah mengadakan Majlis Mesyuarat Menteri Perpaduan Bersama Menteri Perpaduan Negeri Sabah dan Sarawak serta EXCO- EXCO Perpaduan Negeri (MExUnity) yang pertama bagi tahun 2023 pada hari ini.

Mesyuarat ini telah dipengerusikan buat julung kalinya oleh Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang dan disertai oleh barisan EXCO Perpaduan Negeri dan EXCO Hal-Ehwal Agama Selain Islam.

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang

MExUnity adalah platform perbincangan antara Menteri Perpaduan Negara dan barisan EXCO Kerajaan Negeri mengenai usaha- usaha penyatupaduan termasuk perancangan dan pelaksanaan program- program perpaduan di peringkat negeri sejajar dengan kerangka perpaduan baharu iaitu “Membangun Malaysia MADANI” yang berkonsepkan Perpaduan Dalam Kepelbagaian (Unity in Diversity).

Mesyuarat pada kali ini turut memfokuskan kepada perbincangan mengenai pelaksanaan program flagship Kembara Perpaduan yang merangkumi tiga (3) kluster program iaitu Semarak Kenegaraan, Semarak Perpaduan dan Komuniti Rahmah.

Sambutan Minggu Perpaduan yang akan berlangsung pada 20 – 28 Mei 2023 secara serentak di seluruh negara merupakan tumpuan utama bagi pengisian flagship ini dalam usaha memperkukuhkan penyatupaduan masyarakat pelbagai kaum.

Aaron menyeru kepada semua barisan EXCO supaya terus menyokong pelaksanaan program-program mengikut kerangka perpaduan yang dibangunkan bagi mencapai aspirasi Malaysia MADANI. – SM 

Artikel berkaitan > Galeri Uniti perkukuh inisiatif Kembara Perpaduan Malaysia Madani

(Visited 251 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button