Celoteh

Didik anak biar dengan ajaran betul, menunya sotong

NORLIZA ABD. RAHMAN

SEMASA sedang berjalan menuju ke kereta untuk pulang ke rumah usai membeli barang keperluan dapur di sebuah pasar raya Mak Teh berjalan di belakang sepasang suami isteri bersama dua anaknya yang masih kecil.

Mak Teh lihat si ibu berusaha memujuk anak lelakinya supaya menyimpan kereta mainan yang dipegangnya. Dalam hati terdetik mungkin maknya takut mainan itu terlepas dan rosak, manalah tahu baru beli agaknyakan.

Budak lelaki itu tetap berkeras untuk memegangnya dan menangis setiap kali bapanya cuma mengambil kereta mainan itu. Lagi nak diambil lagi kuat dia menjerit, yalah mesti dia exited tahap gaban bila dapat pegang kereta idaman diakan.

Mula-mula Mak Teh tak berapa nak peduli pun sebab itu perkara biasa yang akan berlaku kepada mana-mana ibu bapa untuk melayani kerenah dan memujuk si anak yang mahu mengikut kehendak hati mereka biarpun dilarang.

Tapi yang buatkan Mak Teh naik angin bila lalu sebelah mereka ayahnya boleh cakap kat anak dia gini, “hah… peganglah mainan tu nanti mak cik ni curi kereta abang”. Fuhhh berdesing telinga aku dengar! bapak spesies apa kau ni fitnah orang depan-depan macam tu. Kepala hotak kau cakap kat budak kecik macam tu… kan aku dah marah.

Maka mendidihlah darah Mak Teh dek tuduhan yang memang akan bikin sesiapa pun naik hantu bila dituduh pencuri walaupun ia sekadar kata-kata kosong oleh seorang bapa untuk menakut-nakutkan anaknya.

Jadi… dengan mood yang tak berapa baik Mak Teh sound lah si bangang tu. “Hello,.. kau cakap apa tadi kat anak kau? Kau kata aku nak curi mainan anak kau? Kau apahal nak cari pasal dengan aku?

Maka terpinga-pingalah mak budak lelaki tu bila kena sound dengan Mak Teh macam tu, Yalah bukan ada makhluk lain pun kat situ dah memang Mak Teh yang lintas sebelah dia orang sah-sahlah kata-kata tu ditujukan pada Mak Teh.

Maka si bapa pun buat muka kelat kononnya tak faham kenapa kena sound macam tu. Aku masih menghadiahkan jelingan paling tajam untuk dia supaya jangan sesedap mulut ajar anak tuduh orang lain pencuri walaupun sekadar dalam bentuk nak mengajar.

Tak terfikir ke dia yang kata-kata dia tu langsung tidak membantu mengubah fikiran anaknya untuk menyerahkan kereta mainan yang harganya tak sampai RM50 tu daripada rosak kalau terjatuh. Malah hanya mewujudkan sikap prasangka si anak pada orang lain kononnya nakkan kereta mainan dia.

Maka sempatlah Mak Teh sound lagi lelaki yang tak berapa nak cerdik itu dengan kata-kata sopan berbunyi begini… “lain kali pujuk anak tu sayang barang, pujuk dia simpan dulu mainan tu, dalam kereta nanti boleh main, dah sampai rumah mainlah sampai pecah pun takpe. Alah takat kereta plastik takde sapa pun nak curilah. Tak pun tak payah beli lagi bagus, dah beli memanglah budak tu nak main. Lain kali ajau anak biau pakai otak sikit.”

Mak Teh terus berlalu selepas melepaskan perasaan marah pada si bapa. Lepas tu dengarlah suara si isteri marah suaminya. “Tulah abang cakap lagi orang pencuri kan dah kena.”

Apalah salahnya kalau cakap haaa tengok perangai dia ni, tak nak dengar cakap ayah dengan mama. Atau, janganlah macam ni simpanlah dulu, kalau degil tak nak sayang. Kalau nak sayang meh simpan dulu. Tak payahlah gatal mulut cakap yang bukan-bukan pada anak, dia cuma tau nak bermain je.

Minggu ni Mak Teh nak kongsi resipi kerabu sotong cara Mak Teh dengan menggunakan bahan-bahan yang ada di dapur.

5 ekor sotong dipotong dan dicelur
Kobis dihiris halus
Tomato dipotong dadu
Timun dipotong dadu
Bunga kantan dihiris halus
Daun kesum dihiris halus
Daun ketumbar dihiris halus
Sedikit garam
Sedikit gula
Air perahan limau nipis
Sedikit kicap sotong
Gaul semuanya dan sedia untuk dihidangkan. – SM

(Visited 401 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button