Celoteh

“Suka Hati Akulah Time Mengajar Nak Buat Live TikTok Pun,” – Cikgu Cantik

Seorang cikgu cantik gigih buat live TikTok semasa mengajar dalam kelas.

Nampak gaya, dia macam berbangga dapat promosikan budaya tersebut.

Mungkin dalam jiwa kecilnya, ada harapan yang cukup besar buat pelajarnya.

“Nanti dah kerja jadi doktor, buat live sambut baby, payung kemaluan pesakit.

“Bila dah kerja jadi polis, buat live sambil kejar penjenayah dalam bandar.

“Ingat dah kerja jadi peguam, buat live macam mana nak yakinkan pesalah.

“Tolong dah kerja jadi ustaz, buat live macam mana nak marah pelajar.

“Semuanya wajib buat demi views, likes dan content enggagement!”

Mungkin inilah yang terfikir dan terlintas dek hati cikgu cantik itu.

Maklumlah.. kerja sebagai cikgu, cantik pula tu, ramai peminat.

Kena pula ketika live, memang ramai suka bagi gifts untuk dikumpul.

Cikgu Tak Salah Pun Main TikTok

Sebenarnya tak salah pun cikgu-cikgu cantik ni main TikTok.

Tetapi mainlah pada waktu yang sesuai seperti di luar sekolah misalnya.

Namun kebanyakan cikgu cantik main TikTok, pakai satin dan tayang aset.

Kalau duduk dekat kerusi meja pun, buat main melentik dibuatnya.

Macam sengaja, nak skip tak boleh, dah tertonton, kena habiskan.

Tetapi apa-apa cerita pun, ia tetap bukan satu budaya yang baik.

Lainlah kalau cikgu cantik buat content berteraskan ilmu.

Macam mana nak selesaikan kira-kira Matematik Tambahan ke.

Diajar kaedah mudah hafal terma-terma fizik dan kimia ke.

Pasti orang takkan marah atau berasa jelek malah dipuji kreatif.

Ini tidak.. ada juga yang bikin content tayang muka jelita menggoda.

Lepas tu buat kapsyen yang mengundang nafsu suami orang.

Langsung tak memberi imej cikgu cantik yang layak dihormati.

Pekeliling KPM ‘Tak Makan Saman’

Umum mengetahui di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), terdapat banyak jenis pekeliling.

Namun demikian nampak gayanya, cikgu-cikgu cantik ni macam tak makan saman dengan pekeliling KPM.

Apabila bercakap tentang Sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR), pandai pula meroyan.

Itu tak kena, ini tak kena.. namun ada juga spesis masyarakat yang back up budaya tak elok ini.

Siap cakap apa salahnya cikgu cantik itu nak buat live, nanti boleh tonton semula.

Chaiitt.. rekod ajerlah. Tak perlu pun buat live lepas tu nak kena download lagi.

Ada juga yang kata handphone dan internet jadi keperluan, cikgu nak simpan nota.

Simpan ajerlah nota, apa pasal sampai terpaksa dan jadi batak nak buat live?

Mungkin disebabkan cikgu cantik itu rasa gajinya belum cukup.

Terpaksa buat live untuk dapat gifts dan kemudiannya boleh withdrawal.

P/s: Teringat cikgu cantik masa dekat sekolah dulu. Tak main live tapi disayangi para pelajar dan pengetua lelaki. Eh?

(Visited 2,472 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button