CelotehNasional

Teringat Sambutan Hari Guru 16 Mei Semasa Sekolah Dulu-Dulu, Sekarang Mungkin Berbeza

Kalau dulu semasa penulis bersekolah, sambutan 16 Mei adalah sesuatu yang amat dinanti-nantikan oleh para cikgu dari usia muda sampailah menunggu nak pencen.

Kalau Hari Guru jatuh pada cuti umum antara Jumaat, Sabtu dan Ahad, pasti ia akan dibawa ke hari pertama dalam minggu baharu sama ada Ahad atau Isnin.

Kalau Hari Guru jatuh pada minggu peperiksaan, ia mungkin dijalan lebih awal atau ditunda kepada satu tarikh yang baharu mengikut budi bicara pihak sekolah.

Murid-murid biasanya akan berkumpul di dataran atau dalam dewan, menyaksikan cikgu-cikgu yang membuat persembahan atau bergandingan bersama murid.

Pasti akan ada acara memberi hadiah mengikut kategori seperti cikgu paling hensem, cikgu paling cantik, cikgu paling sporting dan cikgu paling kelakar.

Waktu itu.. berlambak-lambaklah para cikgu ini akan terima hadiah dari murid-murid yang disayangi. Semakin cantik cikgu ini, semakin banyaklah hadiah yang diterima.

Sama juga dengan cikgu yang hensem, kelakar, baik atau pandai mengambil hati murid-murid sehingga dianggap paling sporting dalam sekolah.

Namun bagi cikgu yang jenis ‘tegak’ dan berpewatakan biasa-biasa sahaja hanya mampu terkelip-kelip melihat perangai murid-murid yang kecil-kecil sudah pandai pilih bulu.

Walau bagaimanapun, suasana sambutan Hari Guru pada zaman pandemik ini mungkin sudah berubah. Entahlah.. penulis memang tidak tahu.

Barang kali anak-anak pembaca Suara Merdeka ada kisahnya? Buat sambutan Hari Guru secara online? Atau sekadar berkongsi stiker menerusi Whatsapp?

Wuallahualam.. yang pastinya, dapat melihat sambutan Hari Guru secara depan-depan adalah satu pengalaman yang menyeronokkan bagi bukan kaki ponteng sekolah!

(Visited 805 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button