Nasional

Seorang pegawai kanan SPRM ditahan polis

POLIS menahan seorang pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana memiliki senjata api serta peluru.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, suspek juga disyaki terlibat dengan kes curi barang kes bernilai RM25 juta.

“Sebanyak dua kertas siasatan telah dibuka berhubung tangkapan iaitu Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960, Seksyen 36 akta sama dan Seksyen 12(3) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Abd Jalil, suspek kini ditahan reman seama empat hari bermula semalam untuk siasatan lanjut.

Terdahulu, SPRM mengesahkan telah menahan tiga pegawainya bagi membantu siasatan berhubung dakwaan salah guna kuasa dan penyelewengan dalam urusan kes terhadap seorang bekas ketua jabatan.

Turut tular ialah satu laporan di sebuah blog tempatan mendakwa tiga pegawai kanan SPRM direman enam hari berkaitan kes kecurian wang tunai milik seorang wanita bergelar Datuk.

Penyelewangan kuasa itu melibatkan kes salah guna kuasa dan penyelewengan dana pada 2018. -SM

(Visited 757 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button