CelotehRencah Hidup

Kurus dikata, gemuk lagilah dikata, tauhu bakar pilihan saya!

Oleh Norliza Abd. Rahman

PENAMPILANNYA yang semakin menawan, cantik dan bergaya ditambah pula dengan ‘title’ beliau sebagai menteri sudah tentu kemasyhuran yang dimiliki oleh wanita bernama Datuk Seri Rina Harun menjadi kejutan buat rakyat Malaysia dan dicemburi ramai wanita di luar sana.

Biar apa pun kaedah yang dilakukan oleh wanita yang pernah menerima pelbagai gelaran dek kerana saiznya sebelum ini, beliau benar-benar berjaya membuka mata ramai pihak dengan imej terbaharunya yang jauh lebih meyakinkan berbanding sebelum ini.

Sudah menjadi lumrah, sebaik-baik perkara yang dibuat sekali pun akan tetap kena kecam (contoh boleh cari sendiri ya).

Inikan pula melakukan satu prosedur yang boleh mengubah bentuk badan dan wajah selepas jadi kurus maka berjemaahlah jadi bahan membawang.

Akan tetapi Mak Teh lebih mengagumi mana-mana individu yang pernah melalui fasa gemuk kepada fasa berjaya mencapai berat badan ideal tanpa mengambil jalan pintas.

Semangat dan keinginan mereka untuk mengubah gaya hidup adalah satu kekuatan yang sangat luar biasa.

Semestinya sokongan moral dari orang sekeliling terutamanya ahli keluarga menjadi azimat paling ampuh buat mereka yang ingin mengubah penampilan dan memperbaiki tahap kesihatan diri yang makin merosot disebabkan oleh faktor kegemukkan.

Mak Teh jumpa ramai kawan-kawan yang berjaya menurunkan berat badan melalui diet yang betul selepas mendapat bimbingan coach bertauliah dan berkelayakan.

Dengan sedikit bayaran yang dikenakan, mereka diberi ilmu untuk mengambil pemakanan yang betul sebanyak lima kali sehari.

Jangan ingat nak diet ni susah ya, ia cuma susah bagi yang terus anggap ia susah tapi senang bagi yang memang dah pasang niat nak kurus dan sihat.

Lebih-lebih lagi sihat tanpa produk. Duit poket jimat, muka makin cantik dan yang penting body pun makin lawa. Sudah jaga makan, jangan lupa bersenam pula. Ada banyak senaman yang boleh dibuat untuk mengukir semula bentuk badan yang dan terkembang sebelum ini.

Sambil mengadap televisyen, sambil-sambil memasak pun boleh. Kalau mampu berjongging, berbasikal, main tali ‘skipping’ duduk dalam gimnasium, berzumba, tabata dan macam-macam teknik senaman yang ada maka hasilnya juga lumayan.

Pendek kata di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Bila dah ada jalan tu dah tentulah beronak dan berliku tapi itu semua akan jadi mudah kalau kita jadikan kejayaan orang lain sebagai inspirasi untuk sama-sama kurus.

Bak kata coach Mak Teh, “kita buat, kita dapat”. Kalau amik pemakanan sihat dalam kuantiti yang betul dan rajin bersenam waima 10 minit sehari pun hasilnya tetap ada.

Dah jangan nak membawang sangat pasal orang tu dah kurus dah cantik.

Jomlah pakat-pakat berdiri depan cermin besar dengan penuh keinsafan dalam diri untuk melihat kembali di mana part-part yang banyak ‘spare tyre’ tu sambil capai kasut sukan, baju sukan, seluar sukan dan marilah bersukan.

Minggu ni jom kita buat menu sihat bahan-bahannya mudah dan sesuai sebab tak ada karbohidrat.

Semudah disiplin bersenam dan amalkan cara hidup sihat, Mak Teh bagi resepi paling simple iaitu Tauhu Bakar.

Bahan-bahannya:

2 keping tauhu

1/3 batang carrot

1/4 batang timun Jepun

Sejambak daun salad

Sesudu teh

Cara-caranya:

Bakar tauhu sehingga masak, Mak Teh guna air frayer. Potong dua dan belah tengah. Sumbat carrot dan timun yang sudah dihiris halus dan letakkan saja atas daun salad yang sudah disusun cantik. Makanlah sampai kenyang. Sesuai untuk makan malam sebab malam tak perlu ambil karbohidrat. – SM

 

(Visited 694 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button