fbpx
Luar Negara
Trending

24 pekerja migran maut dalam nahas jalan raya di Uttar Pradesh, India

 SEKURANG-KURANGNYA 24 pekerja migran maut manakala 36 lagi cedera dalam nahas jalan raya di Uttar Pradesh utara India pada Sabtu.

Nahas berlaku selepas treler yang dinaiki pekerja migran berkenaan melanggar sebuah trak yang sedang berhenti, di daerah Auraiya, kira-kira 200 kilometer dari Lucknow, lapor media India.

Kebanyakan mangsa berasal dari Jharkhand dan Benggala Barat.

Minggu lalu 16 pekerja migran yang tertidur di atas landasan kereta api maut digilis dalam kejadian di barat Maharashtra.

Mereka dikatakan tertidur selepas kepenatan berjalan kaki untuk pulang ke kampung masing-masing apabila operasi pengangkutan awam dihentikan ekoran penularan wabak COVID-19. – BERNAMA


Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button