Luar Negara

Israel beri amaran bom pejabat Al Jazeera, media asing di Gaza

Israel telah memberi amaran untuk memusnahkan pejabat media antarabangsa di Gaza termasuk AL Jazeera.

Perkara itu dimaklumkan stesyen berita Al Jazeera melalui Twitternya sebentar tadi.

“Israel telah memberikan “peringatan” bahawa ia akan mengebom bangunan yang menempatkan pejabat Al Jazeera dan saluran media antarabangsa lain di Kota Gaza dalam satu jam'”

Fares Akram, koresponden Gaza untuk agensi berita The Associated Press, juga melakukan ciapan yang sama, “Sekarang bom boleh jatuh di pejabat kami. Kami berlari menuruni tangga dari tingkat 11 dan sekarang melihat bangunan dari jauh, berdoa agar tentera Israel tidak melakukannya.”

Sementara itu sekurang-kurangnya 140 orang Palestin, termasuk 39 kanak-kanak, telah terbunuh di Semenanjung Gaza sejak Isnin lalu. Sebanyak 950 yang lain cedera.

Di Tebing Barat yang dijajah, tentera Israel telah membunuh sekurang-kurangnya 13 orang Palestin.

Konfrontasi antara polis Israel dan demonstran Palestin berterusan hingga malam di Jerusalem Timur yang dijajah Israel.

Sekurang-kurangnya sembilan orang di Israel juga terbunuh, dengan satu kematian baru dilaporkan pada hari Sabtu di Ramat Gan.

Tentera Israel mengatakan beratus-ratus roket telah ditembakkan dari Gaza ke berbagai lokasi di Israel dan mereka telah menambah bala bantuan di dekat kawasan timur wilayah tersebut.-SM

 

 

 

 

(Visited 457 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button