Nasional

Inilah tudung paling mahal di muka bumi

TAHUN lalu, Bawal Exclusive (BE) berjaya menjual sehelai tudung yang bertatahkan batu Swarovski dengan nilai RM50,000.

Penjualan itu mendapat pelbagai reaksi daripada masyarakat dek kerana harganya yang terlalu tinggi bagi sehelai tudung.

Ada yang menganggap nilai itu berbaloi dan ada juga yang mengecam dengan menggelar tudung tersebut sebagai ‘tudung kalis api neraka’.

Tahun ini, BE kembali lagi dengan tudung bertatahkan batu Swarovski dan harganya pula kini sudah mencecah RM100,000.

Sesuai dengan harganya yang begitu mahal, tudung tersebut juga dicatatkan sebagai tudung termahal oleh Malaysia Book Of Records.

Haliza Maysuri menerima sijil daripada Malaysia Book Of Records sebagai tudung paling mahal di Malaysia.
BACA> Sanggup belajar di tepi kubur bawah rimbunan pohon asalkan sekolah

Pengasas BE, Haliza Maysuri berkata, idea untuk mencipta tudung tersebut timbul daripadanya dan direalisasikan oleh pasukan pereka Austria Swarovski.

“Saya telah menghantar tudung BE ke Austria dan sebanyak 12 orang pekerja telah ditugaskan untuk menyiapkan tudung tersebut.

“Terdapat sebanyak 7,512 batu kristal Swarovski di atas tudung tersebut dan mengambil masa selama 320 jam untuk disiapkan.

“Saya sendiri ketika pertama kali melihat keindahan tudung ini rasa seperti hendak menangis kerana tidak sangka hajat saya akhirnya tercapai,” katanya.

Haliza berkata demikian sewaktu majlis mempersembahkan Tudung Termahal Di Dunia Bertatahkan Kristal Swarovski yang berlangsung di sebuah hotel, hari ini.

BACA> Sedih guna pelitup muka kotor berjahit berulang kali

Menurut Haliza, tudung tersebut sebenarnya adalah pemberian khas daripada Swarovski kepada kepada BE sebagai tanda penghargaan kerana menjadi antara pemborong terbesar di dunia.

“Selain tudung, kita juga sedang menyiapkan butik eksklusif baharu BE di Puchong yang akan dihias sepenuhnya dengan kilauan kristal Swarovski.

“Butik dengan rekaan yang bertatahkan kilauan kristal Swarovski ini juga akan menjadi antara butik eksklusif yang paling mewah di dunia,” katanya.

Dalam pada itu, Haliza turut memberitahu yang tudung tersebut tidak akan dijual kepada sesiapa dan akan dijadikan sebagai pameran di butik baharu mereka nanti.

Bagaimanapun, jika ada permintaan, pihaknya akan mempertimbangkan jualan tudung tersebut tetapi dengan warna tudung dan rekaan yang baharu. -SM

(Visited 590 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button