Politik

UMNO perlu persiapkan generasi pewaris kepimpinan jika mahu terus relevan

Untuk terus kekal relevan dalam landskap politik tanahair, UMNO perlu mempersiapkan generasi pewaris kepimpinan yang unggul dan mampu membangkitkan semula agenda perjuangan.

Antara yang diperingatkan Ketua Pemudanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, beliau sejak dari awal menawarkan diri untuk memimpin para Pemuda UMNO menguasai Agenda pengislahan Pemuda 5P.

“Agenda pengislahan Pemuda 5P merangkumi pengkaderan, pentarbiyahan, pembudyaan ilmu, pemerkasaan rohani dan pengukuhan jati diri yang berpaksikan konsep kaderisasi dan regenerasi.

“Sebab itulah selama hampir lima tahun menggalas amanah ini, 191 Bahagian telah dijelajahi dari Perlis sehinggalah ke Sabah, pelbagai program pengkaderan kita gerakkan bersama,” katanya.

Asyraf berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar pada Persidangan Pemuda UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC) hari ini.

Penubuhan Skuad Sabil umpamanya dengan keanggotaan 2,684 orang, ditambah dengan Sukarelawan Sabil seluruh negara seramai 34,380 orang, berperanan menjadi barisan hadapan parti menawarkan khidmat
bakti kepada rakyat tanpa sebarang imbuhan di samping memugar nilai kesukalewanan yang tinggi.

“Penubuhan UMNO Siswa pula adalah kesinambungan usaha mewujudkan satu platfom bagi menggalakkan penyertaan mahasiswa sebagai kader utama parti.

“Pengaktifan semula Putera UMNO sebagai entiti yang berusaha mendampingi dan menarik minat generasi muda berusia 18–25 tahun seiring dengan pindaan Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Bagi Asyraf, program kaderisasi dan proses regenerasi yang amat mustahak bagi sesebuah organisasi politik untuk memastikan “sustainability” atau kelangsungan UMNO sebagai sebuah parti.

“Pemuda UMNO WAJIB untuk terus berusaha membangunkan sistem pengkaderan yang bukan sahaja mampu menambahkan keahlian, tetapi mempersiapkan mereka dengan idealisme perjuangan sejati.

“Untuk itu juga Kelab UMNO Luar Negara perlu kembali diperkasa agar ia menjadi pusat melahirkan kader-kader dan bakat-bakat berkualiti luar negara,” katanya.

UMNO juga tidak harus lupa pada NGO-NGO belia seperti Belia 4B, GPMS, MAYC dan yang seangkatan dengannya yang selama ini menjadi platfom buat parti itu mengkader pelapis dalam kalangan pimpinan belia yang telah mempunyai pendedahan memimpin masyarakat serta mengurus organisasi.

“Ambillah kesempatan keberadaan kita dalam Kerajaan pada kali ini untuk kita memperhebatkan gerak kerja kaderisasi dan regenerasi parti.

“Ingatlah, agenda kaderisasi dan regenerasi bakal menjadi penentu kepada jatuh bangun kita dalam pilihanraya-pilihanraya mendatang sekali gus menjadi penentu UMNO boleh kekal relevan pada masa hadapan!” katanya.

(Visited 84 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button