Politik

UMNO perlu stabil sebelum perjuangkan isu semasa – Datuk Rosni Zahari

UMNO perlu kembali sebagai sebuah parti politik yang stabil sebelum beraksi memperjuangkan isu-isu semasa seperti Perjanjian Komprehensif dan Progresif Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP).

Menurut Ketua Penerangan Pergerakan Wanita UMNO Malaysia, Datuk Rosni Zahari, kedudukan Pengerusi UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam Kerajaan juga memberikan isyarat yang positif.

“Kita ada Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri dalam Kerajaan Perpaduan.

“Saya percaya dan yakin bahawa Datuk Seri mampu bawa perkara tersebut ke peringkat yang sewajarnya dan selesaikan dengan baik,” katanya.

Rosni berkata demikian ketika ditemui Suara Merdeka di perkarangan Pusat Dagangan Putra (WTC), Kuala Lumpur sempena Perhimpunan Agung UMNO 2022 (PAU22).

Bercakap tentang isu-isu yang disuarakan perwakilan dalam Dewan Merdeka sepanjang PAU22, Rosni berpendapat ia sebagai suatu proses pemulihan.

“Kita baru sahaja habis Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) dan dalam pilihan raya lepas, kita menginsafi bahawa kita (Barisan Nasional – BN) kalah teruk.

“Jadi ketika ini boleh dikatakan perwakilan lebih nak fokus kepada kekalahan dan bergerak ke hadapan berdasarkan apa yang kita nak rancang serta lakukan,” katanya. – SM

(Visited 427 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button