Politik

Sanggup bayar RM300, Jamal Yunos dakwa KJ dalang sabotaj PAU2022

DISEBABKAN kelibat bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin (KJ) tidak kelihatan di Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 yang berakhir hari ini maka timbul persoalan dari pelbagai pihak tetang bayang-bayang KJ.

Datuk Seri Jamal Yunos selaku Ketua Bahagian Sungai Besar mengeluarkan kenyataan bahawa perkongsian kononnya ada perwakilan import oleh KJ adalah satu fitnah.

Jamal Yunus Sungai Besar

“Kami mengeluarkan kenyataan di halaman media adalah untuk menyangkal dakwaan KJ kononnya urus setia UMNO dan perwakilan-perwakilan dari UMNO untuk undi usul supaya jawatan nombor satu dan dua tidak perlu dipertandingkan, ini adalah kenyataan yang amat jahat yang dikeluarkan oleh KJ.

“Dan saya yakin ada niat tersembunyi untuk memburukan parti UMNO dan kenyataan yang beliau keluarkan adalah sangat mendukacitakan.

“Saya minta lembaga pemimpin UMNO mengambil tindakan terjadap KJ yang sembrono mengeluarkan kenyataan berniat jahat ini.

“Saya akan membuat aduan kepada lembaga disiplin supaya mengambil tindakan dan berharap KJ boleh digantung daripada ahli UMNO,” jelas beliau kepada pemberita pada sidang akhbar, sebentar tadi.

Jamal turut menyifatkan kenyataan KJ itu sangat memalukan UMNO dan mengaibkan, malah seluruh ahli UMNO juga merasa tidak berpuas hati dengan kenyataan KJ.

Ditanya tentang nama KJ tidak ditag pada tempat duduk di dalam dewan persidangan,  tiada di tag nama KJ Jamal mengatakan  beliaubtidakntahu mengenai perkara itu.

“Itu saya tidak tahu tetapi KJ telah membayar orang-orangnya untuk menyorak ‘boo’ di dalam Dewan Merdeka,” katanya.

Jamal juga berkata, beliau yakin perbuatan ‘boo’ semalam oleh sebahagian perwakilan dibayar oleh puak-puak KJ dengan bayaran RM300.

 

Sumber: Instagram Khairy Jamaluddin

Jamal juga berkata, beliau akan membuat satu laporan polis ke atas orang-orang KJ berhubung insiden “boo” dalam dewan dan selepas itu, beliau akan terus ke lembaga displin UMNO. – SM

 

(Visited 675 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button