Politik

PAU2022: Ismail Sabri bimbang pandangan orang muda

NAIB Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melahirkan rasa bimbang orang muda memandang UMNO sebagai parti yang tidak memberi kebebasan kepada ahli-ahlinya dalam menentukan masa depan.

Beliau berkata, keputusan usul tambahan, dua jawatan tertinggi dalam parti, Presiden dan Timbalan Presiden dipertandingkan ditolak ada beberapa pandangan berbeza.

“Time Tun Mahathir selama 22 tahun, tidak ada arahan tidak boleh tentang.

“Dari segi perundangan sebenarnya beberapa pandangan yang berbeza kerana diputuskan sewaktu PAU.

“PAU tempat tertinggi dalam parti dan sebarang keputusan dibuat mesti tertakluk kepada perlembagaan.

“Jawatan hendaklah dibuat secara pemilihan tiga tahun sekali ataupun penangguhan di peringkat bahagian.

“Jadi, apabila disebut “hendaklah”, ianya dalam bahasa Inggeris, “shall”. Dalam bahasa kampung kita, mestilah,”  katanya.

Ismail Sabri berkata demikian kepada pemberita selepas ucapan penggulungan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 dibuat oleh Presiden, Datu Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, petang ini.

Beliau berkata, jika ada ahli mahu merujuk keputusan hari ini, mereka boleh berbuat demikian dengan merujuk kepada Pendaftar Syarikat (ROS).

Ismail Sabri berkata, pemilihan pasti yang akan diadakan tidak lama lagi, membolehkan mereka yang ingin bertanding jawatan-jawatan di bahagian dan cawangan boleh menghantar borang pencalonan.

Ditanya sama ada beliau akan mempertahankan jawatannya sebagai Naib Presiden, Ismail Sabri tidak memberi jawapan secara terus terang.

Semementara itu, kerjasama UMNO dan Pakatan Harapan (PH) mendepani Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri , sudah ada perbincangan.

“Kita tidak akan pergi solo. Di pusat pun, kerjasama dengan PH,” ujarnya. – SM

(Visited 323 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button