Politik

Wanita muda, cantik, berpendidikan jadi calon Bersatu di PRU15

KERUSI Parlimen Setiawangsa yang disandang oleh Nik Nazmi Nik Ahmad (PKR) kemungkinan besar akan bertanding dengan muka baharu dari Bersatu.

Bekas pengacara stesyen televisyen, TV Alhijrah, Nurul Fadzilah Kamaluddin yang juga Ketua Srikandi Muda Bersatu akan menentang Nik Nazmi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Munculnya muka baharu ini, Fadzilah dilihat mahu menarik sokongan pengundi muda iaitu pengundi 18 tahun di kawasan tersebut.

Memetik laporan FMT hari ini, Fadzilah merupakan calon paling sesuai untuk mencabar Nik Nazmi ekoran prestasi PKR yang semakin menurun sejak Pilihan Raya Negeri (PRN) di Melaka dan Johor.

Mengikut kajian dalaman yang dibuat oleh Bersatu, pengundi di Setiawangsa bosan dengan wakil rakyat mereka yang jarang turun padang menyelesaikan isu tempatan.

Tugas Fadzilah adalah untuk memenangi hati pengundi muda yang merupakan majoriti kawasan bandar di Setiawangsa.

Sebelum terjun ke bidang politik, Fadzilah banyak melakukan kerja-kerja aktivis kebajikan dalam pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO).

Latar pendidikan, Fadzilah merupakan pengamal undang-undang sivil dan mempunyai firma guaman sendiri.

Jika pucuk pimpinan pusat tertinggi Perikatan Nasional (PN) bersetuju meletakkan Fadzilah sebagai calon PRU15 di Setiawangsa, ini adalah kali pertama parti itu mengetengahkan wanita muda sebagai calon. – SM

(Visited 1,322 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button