fbpx
Politik

Pelepasan awal dari kuarantin tidak bersifat politik – Dr. Jeffery Kitingan

TIMBALAN Ketua Menteri Sabah, Datuk Dr. Jeffrey Kitingan diberi pelepasan daripada menjalani pengawasan dan pemerhatian oleh Kementerian Kesihatan mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.
Ahli Parlimen Keningau itu berkata, surat pelepasan tersebut bertarikh 23 November ditandatangani pegawai  dari Jabatan Kesihatan Lembah Pantai.
Katanya, pelepasan awal itu tidak bersifat politik kerana mana-mana individu yang dikuarantin boleh meminta pelepasan lebih awal.
Katanya, ia bergantung kepada persetujuan daripada Kementerian Kesihatan dan setelah menjalani pemeriksaan kesihatan diperlukan.
“Oleh itu, tidak timbul masalah ketidakpatuhan dan isu berat sebelah kerana pelepasan awal itu tidak bersifat politik,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.
Dengan pelepasan awal itu akan memboleh Dr. Jeffery menghadiri sidang Dewan Rakyat dan mengambil bahagian pada undian untuk meluluskan Belanjawan 2021 hari ini.
Semalam, ahli parlimen pembangkang mempersoalkan kehadiran Dr. Jeffrey di dewan selepas beliau didakwa belum menghabiskan tempoh kuarantin wajib 14 hari sejak tiba dari Sabah.
Menurut surat pelepasan itu, Jeffrey dikehendaki menjalani pengawasan dan pemerhatian di rumah bermula 12 hingga 25 Nov, namun dilepaskan daripada perintah kuarantin itu dua hari sebelum tarikh tamat tempoh selepas didapati keadaan kesihatannya memuaskan.
Jeffrey berkata, keputusan dibuat oleh Kementerian Kesihatan yang telah menjalankan beberapa ujian calitan dan ujian darah sejak beliau tiba di Kuala Lumpur pada 12 Nov lepas.
Beliau juga menafikan dakwaan yang dirinya masih berada di Sabah pada 13 Nov dan tuduhan itu disifatkannya sebagai berniat jahat dan fitnah bertujuan merosakkan reputasi dan karakternya.
(Visited 37 times, 1 visits today)

Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button