Politik

BN perlu buat persiapan rapi hadapi PRU15

KUALA LUMPUR 18 Mac – Parti Komponen Barisan Nasional (BN) menyifatkan ucapan dasar Presiden UMNO yang juga Presiden Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ketika merasmikan Perhimpunan Agung UMNO 2021 merupakan tanda-tanda awal Pilihan Raya Umum Ke15 (PRU15) akan diadakan tidak lama lagi.

Sehubungan itu, Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, BN sudah boleh bersiap sedia untuk menghadapi PRU15.

Menurutnya, mengikut perlembagaan kuasa membubarkan Dewan Rakyat tertakluk di bawah kuasa dan budi bicara Yang di-Pertuan Agong dan juga atas nasihat Perdana Menteri.

“BN perlu bersiap sedia dan bekerja keras bagi menghadapi PRU-15 nampak parti semakin diterima rakyat
selepas kemenangan di Melaka, Sarawak dan Johor,” ujarnya ketika ditemui di Pusat Dagangan Dunia (WTC)
Kuala Lumpur di sini hari ini.

Sementara itu Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M. Saravanan turut mengakui BN sudah boleh merangka
strategi padu bagi menghadapi PRU15 dijangka akan diadakan tidak lama lagi.

“Saya percaya ucapan dasar Presiden UMNO akan memberi semangat baru kepada ahli-ahli parti itu di
peringkat akar umbi.

“Saya lihat satu perubahan yang baik dan fokus kepada penyatuan ahli UMNO khususnya dalam membuat
persiapan menghadapi PRU15,” ujarnya. – SM

(Visited 194 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button