Nasionalpilihan

UMNO mahu darurat tidak dilanjutkan, buka parlimen

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi memberitahu darurat yang akan berakhir pada 1 Ogos depan tidak perlu dilanjutkan.

Perkara itu dipersembahkan beliau ketika sesi menghadap yang Yang di-Pertuan Aging, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pagi tadi.

Menurut Ahmad Zahid, keputusan untuk melanjutkan darurat dilihat hanya akan membawa mudarat kepada negara.

“Ternyata tanpa darurat pun dahulu kerajaan masih boleh menguruskan isu-isu berkaitan dengan pandemik Covid-19,” katanya kepada media selepas selesai menghadap YDPA pagi tadi.

Terdahulu, Ahmad Zahid dilihat masuk ke pintu 2 Istana Negara kira-kira pukul 9.58 pagi sebelum pulang kira-kira pukul 11.10 pagi.


Dalam pada itu, beliau turut mempersembahkan kepada YDPA supaya Parlimen dibuka semula bagi membincangkan isu-isu berkenaan bantuan kepada rakyat dan sebagainya.

“Pelbagai perkara perlu dibincangkan dan kita perlu Parlimen dibuka untuk membuat ‘check and balance’.

“Bantuan kepada rakyat seperti i-sinar, i lestari dan bantuan-bantuan lain juga perlu dibincangkan termasuklah perkara-perkara berkaitan ekonomi,” katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid turut memberitahu yang beliau tidak membangkitkan keperluan penubuhan sebuah badan seperti Majlis Gerakan Negara (MAGERAN).

Tambahnya,  MAGERAN adalah sesuatu di luar kebiasaan sedangkan proklamasi Darurat yang berkuatkuasa sekarang sudah mencukupi, cuma ia digunakan untuk mencapai tujuan lain. -SM

(Visited 263 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button