Nasionalpilihan

Pemberian vaksin harian paling tinggi dicatatkan negara semalam

JUMLAH pemberian vaksin harian menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) mencatatkan angka paling tinggi dengan 376,909 dos diberikan di seluruh negara pada semalam.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, jumlah itu menjadikan angkat pemberian vaksin Covid-19 setakat semalam ialah sebanyak 10,413,270 dos.

“Daripada jumlah keseluruhan itu, mereka yang menerima dos pertama ialah sebanyak 7,222,481 orang dan 3,190,789 orang menerima dos kedua,” katanya menerusi akaun Twitter miliknya hari ini.

Sementara itu, Data Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) menunjukkan Putrajaya mendahului kadar pemberian dos lengkap vaksin, berbanding jumlah penduduk dengan 31,580 individu atau 28.7 peratus.

Bagi pemberian vaksin harian, Selangor masih mencatatkan angka tertinggi pemberian vaksin iaitu 63,177 dos menerima vaksin dos pertama dan 25,199 menerima dos kedua. -SM


(Visited 25 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button