Nasional

MBPJ tawar permohonan lesen perniagaan secara online

MAJLIS Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) ingin memaklumkan bahawa permohonan lesen boleh dilakukan secara dalam talian (online) dengan melayari https://elesen.mbpj.gov.my.

Perkhidmatan secara dalam talian (online) ini merupakan inisiatif Majlis untuk memudahkan para peniaga memohon lesen perniagaan.

Disamping itu, dapat mengawal serta  mengurangkan risiko jangkitan COVID-19 di mana masyarakat tidak perlu keluar rumah terutamanya dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Perkhidmatan secara dalam talian (online) ini merangkumi pelbagai jenis permohonan lesen perniagaan.

Antara permohonan lesen perniagaan yang dimaksudkan ialah lesen iklan luaran, lesen iklan sementara, lesen tred-pejabat pengurusan, lesen Establisymen Makanan, lesen/ permit usahawan mikro dan lain-lain lagi.


Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Jabatan Perlesenan di talian 03-79541560 atau emel kepada [email protected]

(Visited 79 times, 1 visits today)

Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button