NasionalNegeriPendidikan

JAIPs muncul juara keseluruhan SUKIPs Kali Ke-Empat

KEJOHANAN Sukan Antara Agensi Agama Islam Perlis (SUKIPs) Kali Ke-Empat Tahun 2022 yang bermula sejak bulan Jun melabuhkan tirai kalendar padatnya tahun ini pada 30 November lalu.

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perlis (JAIPs) muncul Juara Keseluruhan manakala Pejabat DYMM Tuanku Raja Perlis pula memenangi Piala Pusingan Pertandingan Woodball SUKIPs 2022 yang merupakan acara kemuncak kejohanan saban tahun pada kali ini.

Shahalim Shaari dari Jabatan Kehakiman Syariah Negeri (JKSN) Negeri Perlis terpilih sebagai Olahragawan Terbaik dan Maziah Mansor dari Pejabat DYMM Tuanku Raja Perlis dinobatkan sebagai Olahragawati Terbaik.

Penyampaian hadiah-hadiah utama kepada para pemenang disempurnakan oleh Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail merangkap Yang DiPertua Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil di Dewan Banquet Kompleks Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis yang baharu di Kangar

Keberangkatan tiba baginda berdua disambut oleh Noorhamizi Mohd Yaacob iaitu Pengarah Yayasan Islam Perlis (YIPs) yang menjadi hos dan penganjur kejohanan mengikut gilirannya pada tahun ini. JAIPs dipilih sebagai tuanrumah kejohanan pada tahun hadapan.

Antara agensi dan organisasi yang mengambil bahagian adalah MAIPs, Pejabat DYMM Tuanku Raja Perlis, JAIPs, Jabatan Mufti, JKSN, Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) dan YIPs sendiri.

 

Sukan-sukan yang dipertandingkan pada tahun ini adalah futsal, bola tampar pantai, 5 kilometer “fun run” , karom, petanque, tenpin bowling, badminton, duathlon, sepak takraw, dart, ping pong dan juga woodball. – SM

(Visited 242 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button