Nasional

Anugerah diraja hadiah manis untuk keluarga

Penerima Anugerah DiRaja sempena majlis Istiadat Konvokesyen Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ke-24 di Dewan Tuanku Canselor,Kampus Sultan Azlan Shah, Muhammad Luqman Hakim Mohd Hanapiah, 24, menanam tekad dan iltizam untuk menggenggam ijazah di samping anugerah graduan cemerlang sejurus mendaftar sebagai pelajar UPSI.

Muhammad Luqman Hakim dan Liew Siew Ling bangga dengan kejayaan meraih Anugerah DiRaja di Dewan Tuanku Canselor, Kampus Sultan Azlan Shah.

Anugerah itu diterima sempena Majlis Istiadat Konvokesyen Kali Ke-24 Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Kampus Sultan Azlan Shah, di sini hari ini.

“Saya bersyukur kerana impian saya ini menjadi realiti dan kini saya diterima bekerja sebagai artis animasi di sebuah syarikat animasi di Kuala Lumpur.
Kejayaan yang dicapai hari ini, katanya, mendorong dan memberi motivasi kepadanya untuk terus menyambung pengajian di peringkat ijazah sarjana pula.

Bapanya, Mohd Hanapiah Yeop Shaharudin, 54, yang hadir sama, bersyukur masih berpeluang meraikan kejayaan anaknya walaupun matanya tidak dapat melihat.

Bapa kepada lima anak itu turut meluahkan rasa gembiranya berikutan anak keduanya itu berjaya menerima Anugerah Pelajaran Diraja selepas menamatkan pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda Reka Bentuk (Animasi) dengan kepujian.

Mohd Hanapiah yang buta selepas menjalani pembedahan akibat ketumbuhan pada otak pada 2011 ketika berumur 43 tahun, berkata , walaupun tidak dapat melihat dengan nyata kejayaan anak, dia tetap bersyukur kepada Allah kerana diberikan peluang meraikan kejayaan mereka.

“Sepatutnya kejayaan anak saya hari ini turut diraikan ibunya, Noraini Mohd Aziz, namun isteri saya meninggal dunia pada 2019, namun saya reda dan berharap kehadiran saya dapat memberi motivasi dan semangat kepada anak supaya untuk terus berusaha ke peringkat yang lebih tinggi bagi memastikan kehidupan lebih terjamin,” katanya.

Bagi graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Moral) dengan Kepujian, Liew Siew Ling,24, dari Tawau, yang turut menerima Anugerah Diraja, masa belajar dulu ramai orang beranggapan program pengajiannya senang untuk belajar tapi sebenarnya sama sahaja.

Md Amin (tiga dari kanan) mengucapkan tahniah kepada Muhammad Luqman Hakim dan bapanya, Mohd Hanapiah (dua dari kiri) sambil disaksikan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof Dr Norkhalid Salimin ( kanan)

“Dalam pembelajaran ada susahnya, namun saya sentiasa fokus, dan semangat belajar sentiasa konsisten dan rajin bertanya pensyarah atau kawan-kawan kalau ada yang tidak difahami,” katanya.

Katanya, antara cabaran ketika belajar adalah dari segi masa kerana kerana aktif menyertai aktiviti bersama Ikatan Sepadu Anak Jati Sabah (IKSAS).
“Justeru, saya perlu membahagikan masa dengan bijak dan memilih untuk aktif dalam aktiviti IKSAS hanya selama satu sidang sahaja kerana memberi fokus terhadap kursus pembelajaran, tetapi jika menghadapi tekanan, saya akan bermainan video game sekejap,” katanya.

Liew Siew Ling menerima ucapan tahniah daripada Naib Canselor, Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff ( dua dari kanan).

Semasa di kolej, katanya, jika ada kelas dia akan mengutamakan kelas dahulu dan waktu petang perlu berehat dahulu sebelum menyiapkan tugasan agar tidak tangguh untuk melakukannya.
“Selepas tamat pengajian, saya akan memohon kerja sebagai guru dan tidak menolak kemungkinan untuk menyambung pengajian.

Anak ketiga dari empat beradik yang meraih Anugerah Dekan setiap semester dan PNGK 3.86 turut akan menerima ijazah yang sama pada saudara kembarnya, Liew Siew Fung, 24 . pada sesi ketujuh 9 Disember nanti.
Bapanya, Liew Chee Wei, 55, Pembantu Pejabat , dan ibu, Bina Likud, 51, seorang Pekerja Pembersihan sangat gembira dan senang hati sebab anak-anak mereka sudah berusaha sehabis daya.

Naib Canselor, Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff mengucapkan tahniah kepada Mohd Hanapiah (kiri) atas kejayaan Muhammad Luqman Hakim (tengah) menerima Anugerah Pelajaran DiRaja sempena Majlis Istiadat Konvokesyen Kali Ke-24 UPSI di Kampus Sultan Azlan Shah, hari ini.

(Visited 219 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button